VIDEO : “PANAS! Kakitangan GLC Acu Pistol Selepas Kantoi Keluar Dgn Isteri Orang.”

ALOR SETAR – Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan polis selepas terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lalu, lapor Harian Metro.

-TONTON VIDEO DI SINI-

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas, jam 9 malam.

Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30’an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari.

“Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan.

“Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.

Sumber  : Mamu Karapoley 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s