Inilah Pencapaian Terhebat Guan Eng Sepanjang Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ramai yang tidak menyedari bahawa Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri paling hebat dan berbakat di Malaysia. Beliau yang telah menjadi Ketua Menteri sejak 2008, nyata telah membawa Pulau Pinang ke satu aras yang amat sukar ditandingi oleh mana-mana negeri dalam Malaysia termasuk Selangor yang diiktiraf sebagai sebuah negeri paling maju di Malaysia.

Disini, kami ingin menyenaraikan pencapaian terhebat DAP Pulau Pinang yang telah berjaya dicapai oleh putera kesayangan DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sejak DAP mula mengambil alih Pulau Pinang dari tangan Barisan Nasional pada tahun 2008

download-21

1. Secara amnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang telah diatasi oleh pertumbuhan KDNK Malaysia untuk keseluruhan tempoh 2008-2015.

2. Pulau Pinang berada di tangga ketiga paling rendah daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam pertumbuhan KDNK per kapita bagi keseluruhan tempoh 2008-2015.

3. Pulau Pinang juga menduduki tangga ketiga terendah daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutan dalam median pertumbuhan pendapatan isi rumah sejak 2009 dengan pendapatan isi rumah orang Pulau Pinang telah dipintas oleh negeri Johor dan Melaka.

4. Mencapai pertumbuhan gaji terendah daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan. Median gaji rakyat Pulau Pinang telah didahului oleh negeri Johor, Negeri Sembilan dan Labuan yang kesemuanya dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional.

5. Hilang tempat pertama dalam pelaburan dan tidak pernah mendapat semula kedudukan teratas seperti yang dinikmati semasa kerajaan Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang dahulu. Lim Guan Eng telah berjaya menjatuh Pulau Pinang ke tangga ketujuh pada tahun 2012 dan kelima pada tahun 2015.

6. Perbelanjaan tahunan Kerajaan Pulau Pinang telah meningkat sebanyak empat kali ganda daripada RM200 juta kepada RM800 juta setahun walaupun dalam keadaan KDNK negeri dan pembangunan negeri tidak menampakkan apa-apa hasil yang boleh dibanggakan.

7. Kadar air meningkat empat kali sejak tahun 2008 dan dua kali ganda bayaran pengambilan air mentah walaupun Guan Eng pernah menyatakan bahawa, tiada sebarang kenaikan tarif air di Pulau Pinang.

8. Peningkatan cukai taksiran untuk pemilik hartanah walaupun telah berjanji untuk tidak menaikkan yuran. Paling menarik, beliau juga menerajui PBT Pulau Pinang mengambil alih taanah-tanah perkampungan sekitar Pulau Pinang serta mengubah status tanah berkenaan kepada pusat perniagaan. Lebih hebat lagi, beliau juga memanipulasikan tanah lot banglonya pada harga yang jauh lebih rendah.

9. Gaji dan elaun ADUN mereka sendiri dinaikkan sebanyak dua kali ganda hanya untuk memastikan semua ADUN DAP dan PKR terus kekal menyokongnya walaupun kebanyakan mereka langsung tidak pernah turun padang bertemu pengundi atau lebih tepat lagi, langsung tidak buat kerja.

10. Gaji dan elaun mereka Penang EXCO sendiri dinaikkan sebanyak dua kali ganda hanya mahu memastikan kestabilan kerajaan DAP Pulau Pinang dari diganggu gugat oleh anasir luar.

images-26

11. Ketua Menteri telah menukar kereta rasmi beliau sebanyak dua kali. Ini tidak termasuk aset dan kereta beliau yang berada di Hong Kong, Taiwan dan China yang langsung tidak pernah beliau dedahkan atau isytiharkan.

12. Mencatatkan kes pertama seumpamanya dalam sejarah dunia di mana kedua-dua pembeli dan penjual hartanah (tanpa kolam renang) tidak tahu nilai pasarannya.

13. Walaupun telah berjanji untuk memansuhkan tol dalam PRU-13 pada Mei 2013, enam bulan kemudian pada November, Kerajaan Pulau Pinang menandatangani perjanjian meluluskan konsesi tol baru selama 30 tahun.

14. Menjadi negeri pertama seumpamanya di Malaysia yang masih gagal menyaman pihak yang mengaitkan dana RM 1.2 bilion yang disumbangkan oleh Israel kepada Pulau Pinang untuk tujuan menumbangkan kerajaan. Sebagai balasan, tanah ATM di Port Dickson dijanjikan kepada pelabur berkenaan untuk diduduki, jauh daripada negeri Pulau Pinang itu sendiri.

15. Menjadi sebuah kerajaan pertama seumpamanya di dunia memohon bajet untuk membina jambatan dengan hanya menghantar dua helai kertas permohonan tanpa disertakan dengan dokumen sokongan dan proposal.

16. Pulau Pinang juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menyedekahkan lebih RM 300 juta kepada sebuah konsortium dari China untuk melakukan kajian terhadap Terowong Dasar Laut dimana beberapa tahun kemudian, kontrak bersama kerajaan negeri dan Beijing Urban Construction Group (BUCG), dibatalkna begitu sahaja atas alasan keselamatan.

Untuk ini, sekalung tahniah diucapkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng atas kejayaan yang cukup luar biasa ini. Sesungguhnya, tiada lagi kerajaan mampu menandingi kehebatan Guan Eng dalam menguruskan Pulau Pinang walaupun Temasik Holding berjaya membangunkan Singapura.

Sumber  : PRU14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s