Pembangkang Panas Telinga Dan Punggung Dengar Bajet 2017.

21 OKT : Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat petang Jumaat terganggu dengan kekecohan yang sengaja ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Mereka mula buat bising dan kecoh apabila Najib mempersoalkan siapakah diantara kerajaan atau pembangkang yang bermain sandiwara dan kononnya tiada substance.

bajet-pembangkang-mo1-01“Ada pihak yg buat tuduhan #Bajet2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance, dan kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Malah ada pemimpin pembangkang menyebut Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini, saya nak tanya siapa yang main sandiwara? siapa yang tiada substance?,” kata Najib.

Persoalan itu menimbulkan kekecohan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang sehingga menganggu pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

Ini memaksa Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan ahli parlimen yang tidak mahu mengikuti pembentangan bajet itu keluar Dewan.

Teguran itu setelah berulang kali beliau mengarahkan ahli parlimen pembangkang yang buat kecoh supaya duduk tetapi tidak dipedulikan.

“Ahli yang berhormat yang berdiri tolong duduk, ini pembentangan Bajet. Duduk, duduk. Ahli parlimen semua ada peluang berbahas, bukan cara begini.

“Ahli Berhormat kalau tidak berminat mendengar, dan dengan tabiat ini, sila keluar, sila,” tegas Pandikar Amin.

pembangkang-bajet-2017-3Setelah beberapa minit kemudian, beberapa ahli parlimen dilihat meninggalkan dewan.

Antaranya, Ahli Parlimen PPBM Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, ahli parlimen daripada parti PAS tidak bertindak berbuat demikian kecuali Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Saya percaya rakyat seluruh negara boleh menilai perangai pembangkang seperti ini, terima kasih yang masih ada.

“Ribut-ribut di Kubang Pasu, angin sepoi dari Pekan, demi negara Barisan Nasional bersatu, kepentingan rakyat kita utamakan,” kata Najib.

Sementara itu di luar Dewan, ahli-ahli parlimen pembangkang mempamerkan plakad #Siapa MO1 dan mengadakan sidang media.

Ternyata mereka sudah merancang untuk melakukan kekecohan bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di Dewan Rakyat serta yang mengikuti pembentangan bajet itu secara langsung di televisyen.

Tambahan pula, sangkaan mereka bahawa akan berlaku banyak pemotongan di dalam Bajet 2017 serta kenaikkan kadar GST tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya Najib dalam pembentangan Bajet 2017 selama hampir 2 jam 30 minit mengumumkan pelbagai bantuan, insentif kepada rakyat bagi menepati meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jelas pembangkang bukan sahaja panas telinga tetapi ada yang panas punggung sehingga bertindak keluar meninggalkan Dewan ketika Najib membentangkan Bajet 2017.

SUMBER  : BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s