Malaysia Akan Bankrap Kerana Hutang Luar Negara Tinggi?

Singapura yang merupakan negara termaju di rantau ASEAN, merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing dianggarkan bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), mengikut maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!.

Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.
Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.
Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.
Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).
Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion). 

Manakala Malaysia RM600 billion +-
Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).
Beberapa negara Scandinavia yang memiliki tahap sosial yang tinggi juga memiliki hutang asing yang tinggi seperti Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion), Nor­way AS$615 bi­lion (RM2.52 tri­­lion) dan Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion.
Ini bukan kali pertama Singapura menduduki tangga pertama hutang tertinggi di Asean, tahun lepas juga Singapura berada pada kedudukan yang sama. 
Saya ada beberapa soalan untuk Zul Tajul,
1. Berdasarkan cara pengiraan saudara seperti Viral dibawah dan jumlah hutang Singapura berjumlah RM7 22 Trillion (USD 1.76 Trillion), berapakah setiap seorang rakyat Singapura  perlu bayar hutang luar negara tersebut?
2. Oleh kerana ahli UMNO tiada di Singapura? Ahli parti mana kena bayar.?
3. Berdasarkan kebimbangan sdr bahawa negara boleh bengkrap berdasarkan hutang luar kita sebanyak RM800 billion walau pun sepanjang pengetahuan saya hutang luar kita sebanyak RM600 billion ++ manakala hutang singapura pula kini RM7.22 Trillion.
Adakah itu bermakna Singapura akan bengkrap lebih awal dari Malaysia jika  jika hutang luar diambil kira sebagai punca sesebuah negara akan bengkrap?
4 Dalam artikel diatas ada menyebut;
Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.
Soalannya jika hutang tersebut atas nama individu, institusi kewangan, dan entiti sesebuah negara mengapa setiap rakyat Malaysia perlu membayar 

RM26,666 setiap seorang? 
Huuuu.  Pakar ekonomi Pakatan Rakyat yg berguru dengan SR jajah wall orang.
Apa pun jika Zul Tajull sibuk dan engan menjelaskan beberapa soalan saya harap ahli group ini faham maksud tersirat yang ingin disampaikan

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s