MAHATHIR MENGHARAP NAJIB BERI PELUANG KEPADA BOBOI ‘SELAMATKAN MALAYSIA’.

Itulah apa yang di tulis Mahathir didalam blog beliau, semua mengenai semalam. Mahathir memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai cukup dana yang diperlukan untuk membiayai untuk Bajet 2017 .

1. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyiarkan ulasan mengenai bajet dalam blognya (BACA DI SINI).

2. Selepas membaca komentar Mahathir, kita hanya boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa kebanyakannya adalah pendapat peribadinya atau pandangan. Dia tidak benar-benar melampirkan apa-apa data sejarah atau menyokong andaian dan ramalan beliau dengan fakta-fakta penting.

3. Pada tahun 1950, Amerika dan China berperang perang proksi di Korea dan tiba-tiba ekonomi Malaysia melonjak. Saya yakin apabila mereka menubuh Persekutuan Tanah Melayu hanya dua tahun sebelum iaitu pada tahun 1948 mereka tidak pernah meramalkan perkara tersebut. Jadi lihat sendiri, suatu hari nanti, orang agama akan berkata, hanya Tuhan yang tahu. Seperti kata pepatah: Manusia merancang tetapi Allah menentukan.

4. Cara saya membaca posting Mahathir semalam, beliau agak lembut sedikit dan tidak lagi bercakap mengenai tuduhan seperti Najib mencuri RM42 bilion wang 1MDB dan oleh itu perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagainya. Mahathir kini lebih ‘tertumpu’ pada keupayaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

5. Mahathir bercakap tentang pinjaman dan perbelanjaan dan dasar fiskal yang berhemat dan kesan dasar kerajaan kepada rakyat dan lain-lain lagi. Dalam erti kata lain, apa yang Mahathir perkatakan, tanpa benar-benar bertanyakan soalan seperti: Adakah Najib Menteri Kewangan yang baik atau Bajet 2017 tidak sempurna dan boleh diperbaiki?

6. Sekarang, kita mesti mengambil kira apa Mahathir tulis semalam bersama apa yang dia pernah sebut pada bulan lepas di UK bersama-sama dengan apa yang dia telah perkatakan sejak lapan tahun lepas, sejak April 2008 iaitu tiga minggu selepas pilihan raya umum ke 8 pada Mac 2008. Dan apa yang dia telah katakan ialah bahawa Perdana Menteri perlu ada Majlis Penasihat untuk ‘menasihat’ dan juga Perdana Menteri tidak perlu menjadi Menteri Kewangan.

7. Ramai orang biasanya memberi tumpuan hanya pada lakaran berus lukisan. Anda perlu mengambil beberapa langkah ke belakang dan melihat keseluruhan papan lukisan itu. Jika kita melakukannya maka akan dapat melihat gambaran yang lebih luas atau gambaran yang lebih besar. Dan gambaran besar adalah Mahathir masih mahu bersuara didalam hal menjalankan dan menguruskan negara ini dan dia juga mahu kawalan langsung ke atas kewangan Malaysia.

8. Mahathir menjelaskan kembali pada 2014 mengapa dia mahu Najib digulingkan. Mahathir berkata beliau cuba bercakap dengan Najib dan menasihati beliau tetapi Perdana Menteri tidak mahu mendengarnya. Perdana Menteri meminggirkan beliau dan apabila Mahathir terus menegur Perdana Menteri, Najib enggan bercakap dengan beliau selama enam bulan dan tidak mahu menjawab panggilan telefon beliau.

9. Itulah apa yang diperkatakan oleh Mahathir. Dia cuba untuk menasihati Najib. Najib tidak mahu mendengar nasihat. Dan selepas itu Najib telah meminggirkan beliau selama enam bulan dan enggan menjawab panggilan beliau. Jadi sebab itu, Mahathir menjelaskan, dia tidak mempunyai pilihan selain untuk menggulingkan Najib.

10. Jadi kita faham. Itulah sebabnya, menurut Mahathir, mengapa Najib perlu digulingkan. Ini bermakna jika Najib tidak meminggirkan Mahathir dan tidak putus silaturahim dan mendengar nasihat beliau maka tidak ada sebab untuk menggulingkan Najib.

11. Jadi, selama hampir dua tahun, itulah apa yang Mahathir cuba: cuba untuk menggulingkan Najib. Tetapi percubaan demi percubaan gagal dan Najib lebih gagah (“What does not kill you makes you stronger,” says Kelly Clarkson).

Kelly Clarkson: “What does not kill you makes you stronger,”

12. Jadi sekarang, dengan mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Kelly Clarkson, Mahathir telah kecewa untuk cuba untuk menggulingkan atau membunuh Najib. Dalam bahasa Inggeris ada disebut: ‘if you cannot beat them, then join them’. Dan itulah yang Mahathir mahu lakukan: cuba untuk menyertai Najib. Tetapi, sudah tentu, ia mesti secara menang-menang, sebagaimana yang mereka katakan di UK. Jadi apakah situasi menang-menang itu?

13. Dalam posting blog Mahathir semalam ada satu lagi daripada banyak isyarat yang Mahathir hantar kepada Najib. Dan isyarat terkini Mahathir ialah: beliau bersedia untuk melakukan gencatan senjata dan membatalkan ‘kempen menggulingkan Najib’ dengan balasan untuk mendapatkan sesuatu (dalam peperangan itu semua tentang mendapatkan sesuatu walaupun nyawa perlu dikorbankan). Dan bahawa ‘sesuatu’ itu adalah melantik Mukhriz menjadi Menteri Kewangan yang baru. Dan apabila Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, Mahathir akan memastikan bahawa Malaysia memiliki dana yang diperlukan.

14. Kebimbangan utama Mahathir adalah bahawa Najib begitu kuat sekarang dan dia mungkin tidak menunggu sehingga 2018 untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Mahathir telah memberitahu pengikutnya bahawa dia mengesyaki Najib mungkin mengadakan pilihan raya umum akan datang pada awal tahun 2017, mungkin pada bulan Mac atau April, yang hanya tinggal kira-kira enam bulan lagi.

15. Mahathir berkata, Bajet 2017 adalah ‘bajet pilihan raya’, sebab itulah dia begitu murah hati kepada rakyat. Bajet 2017 akan membantu Najib memenangi lebih banyak undi, rungut Mahathir. Oleh itu ini bermakna pilihan raya umum akan datang akan berlaku pada separuh pertama tahun 2017. Dan ini bermakna tidak terlalu banyak masa yang tinggal untuk Mahathir.

. Mahathir percaya dia perlu melakukan perundingan dengan Najib dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika Mahathir benar-benar boleh menyediakan dana apabila anaknya menjadi Menteri Kewangan, ini akan merupakan insentif baik untuk Najib. Tambahan pula dengan hakikat bahawa Mahathir tidak lagi merancang penyingkiran Najib dan akan membolehkan beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

17. Dan jangan lupa, 1MDB juga tidak lagi akan menjadi beban kepada Najib. Mukhriz akan mengambil alih ‘masalah’ tersebut dari Najib dan akan melakukan apa yang yang sepatutnya. Oleh itu ia akan menjadikan perundingan lebih manis (icing on the cake to make the sweet deal even sweeter). Sudah pasti Mahathir akan berhenti menyerang 1MDB apabila anaknya yang mengendalikan perkara itu.

18. Walaupun Najib memikirkan janji manis Mahathir, ada pertimbangan lain juga.

19. Pertama adalah bahawa Mahathir Pribumi adalah sebuah parti yang mati dalam kandungan. Muhyiddin Yassin sekarang menjadi liabiliti besar dan orang Melayu tidak mahu mendekati beliau. Skandal seks dengan seorang wanita yang sudah berkahwin sehingga berlaku perceraian, ditambah cakap-cakap bahawa dia telah mengahwini Nika Gee (tidak pernah dinafikan), telah memusnahkan kerjaya politik Muhyiddin selama-lamanya.

Nika Gee: helang laut di leher Muhyiddin

20. Pribumi tidak boleh mendapatkan walaupun 10,000 ahli, jauh berbanding PAN yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli. Dan 20,000 anggota PAN itu boleh dianggap teruk kerana mereka mensasarkan 250,000 ahli berdasarkan fakta mereka memenangi 20% undi dalam pemilihan parti PAS (dan 20% daripada 1.2 juta akan menjadi kira-kira 250,000).

21. Jadi kedua-dua parti Pribumi dan PAN mengalami kegagalan paling teruk.

22. Pada mulanya, Lim Kit Siang teruja bekerja dengan Mahathir kerana Mahathir itu berjanji untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada pendakwaan SPRM. Mahathir memberitahu Kit Siang dia memiliki kawalan ke atas SPRM dan boleh memberitahu Abu Kassim Mohamed apa yang perlu dilakukan. Tetapi itu tidak berlaku dan ia kini kelihatan seperti Guan Eng kesudahannya akan berakhir ke penjara.

23. Insentif untuk Kit Siang untuk bekerja dengan Mahathir sekarang sudah hilang. Lanjutan dari itu, Kit Siang kini menyedari bahawa jika DAP bekerjasama dengan Mahathir dan atau Pribumi, maka orang Cina akan menghukum mereka seperti yang telah berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak juga pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar (dan juga dalam pilihan raya umum 1999). Dan Cina boleh menjadi sangat tidak bertimbang rasa (mereka masih tidak lupa atau memaafkan peristiwa ‘Mei 13’, yang berlaku pada tahun 1969).

24. Tanpa tawaran ‘Selamatkan Guan Eng’, tidak ada yang menarik untuk Kit Siang untuk bekerjasama dengan Mahathir. Malah, mereka tidak mendapat apa-apa faedah ataupun kerugian jika DAP bekerjasama dengan Mahathir atau Pribumi dan mereka akan kehilangan sokongan kaum Cina. Oleh itu pintu Pakatan Harapan ini boleh dikatakan ditutup kepada Mahathir dan Pribumi melainkan jika mereka masuk melalui pintu belakang dengan penggabungan Pribumi dan PKR.

25. Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersikap terbuka kepada penggabungan Pribumi-PKR. Tetapi mereka masih perlu berurusan dengan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah (tambah lagi ramai pemimpin anti-Mahathir di dalam PKR, termasuk kawan rapat Anwar). BACA LAGI DI SINI: PRIBUMI MESTI BERGABUNG DENGAN PKR ATAU MAMPOS

26. Jadi penggabungan Pribumi-PKR tidak akan menjadi lancar. Ia akan menjadi jalan berbatu yang akan mereka lalui. Dan jika pilihan raya umum akan datang berlangsung pada awal 2017, seperti apa yang Mahathir fikirkan, maka masa tidak memihak kepada mereka. Malah penggabungan PKN-PRM pada Ogos 2003 mengambil masa yang lama untuk terlaksana walaupun Anwar, Wan Azizah, dan ramai pemimpin atasan PKR dan mereka yang menjadi kawan rapat Anwar menyokongnya.

27. Malah, penggabungan PKN-PRM mewujudkan pelbaagai krisis daripada golongan dalaman Anwar – rakan-rakan semasa penngajian di universiti dan ABIM – mengecam parti dan meletak jawatan kerana marah. Salah seorang, Omar Jaafar, seorang penyokong setia Anwar sejak mereka di zaman universiti, mengadakan sidang akhbar dan mengecam PKR (masa itu PKN) sebagai pemimpin munafik.

Omar Jaafar: sahabat karib Anwar penyokong sejak tahun 1970-an meninggalkan parti itu pada 2003 kerana penggabungan PKN-PRM

28. Jadi, walaupun mereka serius mempertimbangkan penggabungan Pribumi-PKR, ia akan mengambil masa yang lama untuk berlaku. Dan saya tidak akan memberikan walaupun 50:50 kemungkinan yang bakal terjadi (kecuali Azmin boleh mengambil alih dari Wan Azizah sebagai Presiden PKR). Dan tanpa kemasukan pintu belakang ke dalam Pakatan Harapan, dan dalam keadaan Lim Kit Siang kini dingin terhadap Mahathir, mereka perlu memikirkan kaedah yang lain.

29. Walaupun Pribumi diterima ke dalam Pakatan Harapan tidak ada jaminan bahawa Mukhriz bakal menjadi Menteri Kewangan, apatah lagi seorang bakal Perdana Menteri. Bagi Pakatan Harapan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang adalah terlalu jauh. Dan dengan masa hanya ada enam bulan lagi (mengikut kepercayaan Mahathir) seseorang tidak mampu pergi jauh. Sesuatu yang pasti. Dan satu perkara yang pasti adalah untuk mendapatkan kuasa dan jawatan peringkat persekutuan hanya melalui Umno dan Barisan Nasional.

30. Oleh itu, jika Mukhriz mahu menjadi Menteri Kewangan akan datang, mesti melalui Umno. Mukhriz mesti dibenarkan kembali ke dalam Umno dan mesti diberi kerusi Parlimen untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dan selepas pilihan raya umum akan datang (dengan andaian Mukhriz menang kerusi parlimen, yang setidak-tidaknya akan menjadi satu pertandingan empat penjuru) beliau kemudiannya boleh dilantik menjadi Menteri Kewangan yang baru.

Ini kah bakal Menteri Kewangan Malaysia?

31. Dan jawatan Menteri Kewangan adalah kedudukan kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri – lebih berkuasa daripada Timbalan Perdana Menteri, seperti yang telah diakui oleh Mahathir seawal tahun 1975. 41 tahun yang lalu Mahathir telah memberitahu pengikutnya bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri ‘tiada nilai’ dan adalah lebih baik untuk menjadi Menteri Kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri.

32. Malahan, ketika Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ancaman pada tahun 1984, Mahathir mengeluarkan beliau sebagai Menteri Kewangan dan ‘diturunkan’ menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mahathir tahu bahawa jika dia membiarkan Tengku Razaleigh kekal sebagai Menteri Kewangan, akan menjadikan dia sangat berkuasa.

33. Selepas menurunkan Tengku Razaleigh, Mahathir melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan yang baru. Sebelum itu tidak ramai yang kenal Daim maka ia menjadi satu isu yang sangat kontroversi. Wartawan bertanya kepada Mahathir pada sidang media mengapa beliau melantik Daim sebagai Menteri Kewangan. Mahathir menjawab bahawa Daim adalah sekutu paling rapat dan yang paling boleh dipercayai dan mengapa dia perlu melantik musuh berbanding rakan yang boleh dipercayai sebagai Menteri Kewangan beliau?

34. Jadi kita mula faham. Mahathir tahu apa yang dia lakukan walaupun semalam Nazri Aziz memanggilnya orang tua nyanyuk. Sejak tahun 1975, Mahathir tahu di mana kuasa sebenar selepas kedudukan Perdana Menteri – dan itu yang dia beritahu kepada pengikutnya. Pada tahun 1984, beliau membuat perubahan bagi memastikan tidak ada yang dapat menggulingkan beliau dan beliau boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Jadi, jika Mahathir mahu menyelamatkan Boboi, hanya ada satu cara yang boleh dilakukan. Mukhriz perlu menjadi Menteri Kewangan.

35. Itulah apa yang di tulis Mahathir didalam blog beliau, semua mengenai semalam. Mahathir memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membiayai untuk Bajet 2017.

36. Najib kini mempertimbangkan antara kepentingan politik dan keuntungan ekonomi. Jika dia bersetuju untuk melantik Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, ada kelebihan tertentu. Tetapi jika dia terus meminggirkan Mahathir juga ada kelebihannya. Jika Pakatan Harapan menerima Pribumi maka DAP akan menerima akibatnya daripada pengundi Cina. Sebagai parti yang bergerak bersendirian, Pribumi tidak boleh pergi jauh.

37. Mahathir dan Pribumi akan hanyut tanpa haluan dan akhirnya akan terdampar di atas batu dipukul ribut. Dan di pihak Najib mempunyai banyak masa dan tidak pada Mahathir.

Sumber  : Pak Din

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s