Dr Fauziah, kapal Zaytouna ditawan Israel.

SHAH ALAM – Aktivis dan juga wakil tunggal dari Malaysia yang mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi ke Gaza, kini ditawan Israel.

Kapal layar berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

Kapal Zaytouna yang dalam misi #Women’sBoatToGaza (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Perkembangan terbaru itu dimuat naik di Facebook Rose2Rose.

Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.

Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali.

 Misi #WomensBoatToGaza yang disertai lebih 20 wanita ternama dari pelbagai negara dan agama bermatlamat memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Misi bawa harapan, solidariti untuk Palestin]

Gerakan yang merupakan satu inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga bertujuan menganjurkan misi keamanan untuk memberitahu masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan.

Sumber  : Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s