Surat menyayat hati kanak-kanak 6 tahun untuk Obama.

SEORANG kanak-kanak warga Amerika Syarikat menjadi ‘hero’ selepas menyatakan hasratnya untuk menawarkan tempat perlindungan kepada seorang kanak-kanak Syria yang mengalami kecedaraan selepas rumahya di Aleppo,Syria dibom pada bulan lalu.

Alex, enam tahun menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama selepas melihat sekeping gambar viral yang memaparkan wajah suram Omran Daqneesh yang mengalami kecederaan dan keseorangan di dalam sebuah ambulan.

Dalam sepucuk surat yang dihantar ke White House, Alex meminta Obama untuk pergi ke Syria dan membawa pulang Omran ke rumahnya.

“Presiden Obama, masih ingatkah kanak-kanak lelaki yang dirawat dalam ambulan di Syria?

“Bolehkah anda selamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke rumah kami.

“Kami akan menunggu anda bersama bendera, bunga dan belon…Kami akan memberinya sebuah keluarga dan dia akan menjadi saudara kami,” tulis Alex dalam surat tersebut.

Presiden Amerika Syarikat berkongsi kata-kata Alex dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan krisis pelarian minggu ini, sebelum White House merakam Alex untuk membaca surat tersebut.

“Kita semua perlu menjadi seperti Alex.. bayangkan penderitaan yang kita dapat kurangkan dan nyawa yang mungkin kita selamatkan,” tulis Obama dalam akaun Facebooknya. 

https://www.facebook.com/plugins/post.php?app_id=&channel=http%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2Fr%2FP5DLcu0KGJB.js%3Fversion%3D42%23cb%3Df8ea4907b7cf84%26domain%3Dwww.astroawani.com%26origin%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.astroawani.com%252Ff37779c90f4dee4%26relation%3Dparent.parent&container_width=398&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpotus%2Fvideos%2F537075249815653%2F&locale=en_US&sdk=joey&width=500


Sementara itu, ramai netizen memuji  tindakan Alex dan berkata seorang kanak-kanak berusia enam tahun lebih berperikemanusiaan daripada orang dewasa.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s