Public Bank dahului Maybank sebagai bank terbesar.

KUALA LUMPUR: Public Bank Berhad kini mendahului Maybank sebagai bank terbesar Malaysia berdasarkan permodalan pasaran.

Menurut data dari Bloomberg, Public Bank kini mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM76.7 bilion.

Nilai permodalan pasaran bergantung kepada turun naik harga saham. Ini berbanding permodalan pasaran Maybank sebanyak RM76.67 bilion.

Public Bank pada separuh kedua tahun ini mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.20 bilion.

Manakala Maybank mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM3.52 bilion bagi tempoh yang sama.

Bagi separuh pertama 2016, Public Bank mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 8.3 peratus.

Dari jumlah tersebut, pinjaman korporat meningkat sebanyak 16.5 peratus kepada RM240.8 juta. Pinjaman sewa beli meningkat 5.0 peratus kepada RM195.6 juta.

Bagi tempoh yang sama, keuntungan sektor runcit Public Bank turut menyaksikan peningkatan 1.4 peratus kepada RM1.69 bilion.

Manakala keuntungan dari operasi antarabangsanya meningkat 9.3 peratus kepada RM301.4 juta.

Tenaga Nasional Berhad masih kekal sebagai syarikat terbesar di dalam Bursa Saham Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM81.4 bilion.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s