Kegigihan peniaga warga emas buta jual minyak atar dapat perhatian netizen.

JIKA sebelum ini rakyat Malaysia sudah membuktikan sifat pemurah dan dengan pantas menghulurkan bantuan apabila tersiar menegnai seorang peniaga patung mainan warga emas ditipu, ini satu lagi peluang untuk kita berbakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Radzi Jamaluddin, memuat naik satu status berserta gambar seorang peniaga, juga warga emas, yang gigih mengerah tenaga mencari rezeki menjual minyak atar, biarpun cacat penglihatan.

Cerita Radzi, peniaga itu, Zainal Ibrahim, sudah 20 tahun menjalankan perniagaannya di sekitar Lembah Klang.

https://www.facebook.com/plugins/post.php?app_id=&channel=http%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2Fr%2FP5DLcu0KGJB.js%3Fversion%3D42%23cb%3Df271a8a797aa478%26domain%3Dwww.astroawani.com%26origin%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.astroawani.com%252Ff13255fcbab0334%26relation%3Dparent.parent&container_width=398&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fphoto.php%3Ffbid%3D10210805193990403&locale=en_US&sdk=joey


Tidak mempunyai lokasi khusus untuk menjalankan perniagaan, Zainal hanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk membawa barang niaganya yang dianggarkan seberat tidak kurang daripada 30 kilogram, ke merata tempat.

Difahamkan, Zainal yang berasal dari Temerloh, Pahang, cacat penglihatan sejak lahir.

Zainal, kata Radzi, tidak mempunyai tempat tinggal, sebaliknya hanya menumpang tidur di surau dan masjid dan menggunakan perkhidmatan awam untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Radzi juga ada berkongsi talian telefon yang boleh dihubungi orang ramai, jika mahu menghulurkan bantuan atau mendapatkan barangan jualan Zainal.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s