Datuk Bandar London alami detik cemas dalam pesawat MAS.

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.

Johnson menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.

Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.


GALERI GAMBAR: Apa yang Datuk Bandar London buat di Asia Tenggara?


Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain.

Penumpang berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan ditangkap ketika pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa penumpang itu ditahan di sebuah balai polis di London.

Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak dengan pantas.



Johnson berada di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta untuk lawatan rasmi ke Asia Tenggara.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s