FBI pertimbang siasat dakwaan Brad Pitt dera anak.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat pada Khamis berkata sedang mempertimbang untuk menyiasat dakwaan insiden dalam jet peribadi yang membawa pelakon Brad Pitt dan anak-anaknya.

Dalam kenyataannya, FBI mengesahkan pihaknya sedia maklum berkaitan dakwaan melibatkan “pesawat membawa Mr Brad Pit dan anak-anaknya”.

“FBI terus mengumpul fakta dan akan menilai sama ada siasatan di peringkat persekutuan akan diteruskan,” tambahnya.

Laman web AS TMZ sebelum itu melaporkan bahawa polis Los Angeles sedang menyiasat dakwaan terhadap insiden 14 September itu, yang menurutnya Pitt, 52, secara lisan dan fizikal mendera anak-anaknya.

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) bagaimanapun menegahkan kepada dpabahawa mereka tidak menyiasatnya.

Di AS, setiap insiden yang berlaku di ruang udara jatuh bawah bidang kuasa FBI, bukan polis negeri-negeri.

Isteri Pitt, Angelina Jolie, memfailkan perceraian pada Isnin lalu dengan memberikan alasan perbezaan tidak dapat diselesaikan dan memohon penjagaan untuk enam anaknya, termasuk tiga anak angkat mereka.

Sumber  : MalaysiaKini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s