Felda Diiktiraf Badan Pembangunan Tanah Paling Berjaya Di Dunia.

MARAN, 23 Sept – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diiktiraf sebagai badan pembangunan tanah paling berjaya di dunia yang tidak dapat disaingi oleh badan pembangunan tanah di negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun banyak negara luar seperti Afrika cuba mengguna pakai dan mencontohi modul pembangunan Felda yang diasaskan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein sejak 60 tahun lalu, namun ia tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya.

“Apabila ketua kerajaan mereka datang di Malaysia, kita bawa melawat ke tanah rancangan Felda dan mereka kagum dan berhasrat untuk membawanya pulang ke negara masing-masing. Kita sendiri hantar rombongan Felda untuk membantu.

“Bagaimanapun ia tidak menjadi kerana kerajaan mereka tidak mampu untuk melaksanakannya melainkan kita di Malaysia yang berani dan dapat membangunkan Felda sehingga berjaya dan dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda 2016 Peringkat Kebangsaan di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini hari ini yang bertemakan ‘Mensyukuri Nikmat, Kebersamaan dan Kebersatuan’.

Sumber  : UMNO Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s