Rio Ferdinand kena ‘goreng’ selepas tweet nasi goreng.

SINGAPURA: Rakyat Indonesia mengecam tindakan bekas pemain bola sepak England, Rio Ferdinand yang mendakwa nasi goreng sebagai makanan tempatan Singapura.

Ferdinand membuat kenyataan itu semasa dalam lawatan hujung minggu menonton Grand Prix Singapura, lapor AFP.

Dalam tweetnya yang turut memuatnaik gambar dirinya memegang sepinggan hidangan makanan menulis, “Nasi goreng makanan tengah hari .. Kekal menjaga lokaliti di #Singapore”.
( “Nasi goreng lunch.. Keeping it local in #Singapore”.)

Tetapi kenyataan seolah-olah hidangan itu bukan dari Indonesia mengakibatkan kebanjiran tweet balas marah dari rantau Indonesia.

“Ia makanan Indonesia. Tidak ada ‘nasi’ dan ‘goreng’ di Singapura,” kata pemain bola sepak Indonesia Agung Prasetyo dalam tweetnya kepada Ferdinand.

Rio_Ferdinandfasdfawert.transformed

Tidak kurang juga yang menjemput bekas pemain Manchester United ke rumah mereka untuk mencuba hidangan nasi goreng Indonesia yang sebenar.

Reaksi melampau netizen Indonesia turut ternyata menjengkelkan netizen negara jirannya Singapura dan Malaysia yang mendakwa nasi goreng boleh didapati di banyak negara di rantau ini, bukan hanya di Indonesia.

Segelintir rakyat Singapura yang menyindir sensitiviti rakyat Indonesia terhadap tuntutan hidangan nasi kerana pendekatan mereka berbeza apabila ia mengaitkan isu jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.

“Ohhhh nasi goreng boleh tuntut tetapi jerebu tidak boleh,” kata pengguna Twitter @HarisBRosli.

Semalam, Ferdinand cuba menenangkan netizen daripada terus bertikam lidah.

“Adakah tweet saya mengenai nasi goreng mengemparkan semua?? Relaks semua… tempatan bermaksud Asia Tenggara,” tulisnya.

Ia satu lagi perselisihan berkaitan hak warisan masakan dan budaya antara negara jiran yang mempunyai sejarah perkongsian yang tidak boleh dipertikaikan.

Pada tahun 2009, satu protes besar-besaran tercetus di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta selepas Kuala Lumpur dituduh merampas budaya Indonesia apabila sebuah iklan mempromosi pelancongan Malaysia menyelitkan paparan tarian tradisional dari pulau Bali.

Bagaimanapun ia berjaya diselesaikan apabila iklan itu bukan promosi yang ditaja kerajaan untuk pelancongan, tetapi iklan sebuah dokumentari televisyen mengenai Malaysia.

Sumber  : Free Malaysia Today

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s