‘Regu’ Mahathir Dan Anwar Mulakan ‘Servis’ Pembohongan Untuk Jatuhkan Najib Razak!!

Pasangan dua seteru yang baru sahaja berbaik…. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bergandingan dalam mengeluarkan kenyataan bagi menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yela dorang kan dah ‘berbaik’ semula… Lafaz ‘ikrar’ dan ‘janji’ untuk saling menyokong dalam menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pertemuan bersejarah antara mereka dua minggu yang lepas, telah menghasilkan satu kenyataan bersama dan ia merupakan pertama kali sejak tahun 1990-an.

“Kita perhatikan hampir semua institusi utama negara seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,” kata bekas Perdana Menteri dan bekas Ketua Pembangkang tersebut.

Ramai jugak yang terkejut dengan tindakan terdesak Mahathir yang sanggup mencari Anwar di Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu demi melancarkan rancangannya. Yela, padahal Mahathir dah buat dosa besar apabila memecat Anwar pada 18 tahun lalu.

Pasangan seteru itu memulakan agenda pembohongan dengan mendakwa, konon Akta MKN akan menidakkan hak sesiapa sahaja yang terbunuh daripada melalukan post-morterm… Tak kisah la orang biasa atau pegawai.

“Akta ini telah mengenepikan langsung kuasa dan peranan yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu penting keselamatan dan kebebasan rakyat Negara ini.

“Oleh kerana krisis negara inilah kami bersama dengan rakyat menentang akta ini, dan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta kita ini,” kata mereka.

Aloloo.. Sweetnya… Nak bergandingan demi ‘selamatkan’ negara katakan. Setelah berbelas tahun berdendam, kini mereka telah bersama untuk memusnahkan kerajaan. Tapi macam biasalah, kenyataan dorang ni sarat dengan pembohongan.
Sumber  : Utara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s