Mahkamah perintah polis bebaskan bekas wartawan.

JOHOR BAHRU: Bekas wartawan, Sidek Kamiso dan seorang lagi individu yang tidak dikenal pasti dibebaskan selepas majistret menolak permohonan polis untuk melanjutkan siasatan terhadap mereka atas tuduhan menghina Islam, berhubung kematian Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din.

Peguam Roger Chan Weng Keng berkata mahkamah membuat perintah itu kerana mendapati “wujud salah guna proses mahkamah”.

“Majistret mengarahkan kedua-duanya dibebaskan serta-merta,” katanya kepada FMT.

Roger berkata Sidek ditahan di rumahnya di Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi tadi dan sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret di sana untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, Sidek dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di bandar ini.

“Polis tidak buat apa-apa untuk siasat tetapi hanya mengambil gambarnya,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata anggota polis membawanya dari Kuala Lumpur ke sini untuk mendapatkan reman.

Perjalanan dengan kereta ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam.

Beliau berkata tidak pasti lagi jika Sidek akan didakwa esok.

“Dia tidak akan berada dalam tahanan polis seperti diarahkan majistret,” katanya.
Sumber  : Free Malaysia Today

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s