ANWAR RANCANG UNTUK GULING MAHATHIR SEJAK 1998.

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu telah dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.
“Pada waktu itu, Mohamad Ezam ada memberitahu saya dan dua orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.
“Mohamad Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa oleh Mahathir,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Lokman, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata Mohamad Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk menjadi Presiden Umno.
Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk ‘menikam  belakang’ Mahathir ataupun ia rancangan Mohamad Ezam.
Lokman berkata, rancangan Anwar itu telah disahkan oleh pegawai khas kepada Ahmad Zahid.
Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 September 1998 semasa tiga orang polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir,” katanya.
Lokman berkata, beliau juga telah dipecat sebagai anggota Umno pada 6 Oktober 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 September 1998.
“Selepas itu, saya masuk PKR dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PKR tetapi digugurkan daripada parti itu pada 2004 selepas mengkritik kepimpinan parti itu,” katanya yang turut memaklumkan Anwar adalah idolanya sebelum ini.
Pendengaran kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan bersambung Khamis.
Khairy turut hadir di mahkamah hari ini. Beliau yang merupakan saksi defendan pertama selesai memberi keterangannya semalam.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman fitnah itu dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.
Katanya, perkataan fitnah dan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com. 
高等法院今天被告知,反对党领袖拿督斯里安华曾密谋推翻前首相敦马哈迪医生自1998年以来。
思想家面板特别事务部(亚沙)拿督Lokman努尔亚当,43,说,安瓦尔的计划已被他的政治秘书,穆罕默德Ezam莫哈末通知也不当他们在一间酒店在峇株巴辖,新山,年内实现。
“当时,穆罕默德Ezam告诉我和其他两个人就计划和安华安华还表示,当它假定副总理马哈蒂尔的位置不能正常工作。
“穆罕默德Ezam已通知安华不能与马哈蒂尔持有和不符合政策的认同和政治经济由马哈迪带来的,”他当律师丹斯里穆罕默德·阿卜杜拉Shafee质疑说。
Lokman是第四被告证人谁对安瓦尔对青年部部长和体育,凯里提交的听证亿令吉诽谤诉讼的第二天作证。
Lokman,谁是巫青团执委马来西亚马哈蒂尔说了Ezam说服她成为计划成为总统安瓦尔巫统的一部分。
第四目击者说,他会见了一个助手拿督斯里博士阿末扎希当时(1998年),以获得进一步的澄清是否安华并没有计划要’回来刺伤“或他马哈蒂尔Ezam计划。
Lokman说,安瓦尔的计划被批准通过一个特殊的官员艾哈迈德·扎希德。
Lokman还获悉,他1998年9月在安华的官邸2法庭时,三名警察移交了一封信给安华被解雇担任副总理兼财政部长。
“我告诉他(安华),因为他企图推翻政权被解雇了,”他说。
Lokman说,他也被解雇了作为党员,1998年10月6日安华从他的岗位被解雇,1998年9月2日之后。
“在那之后,我加入公正党和被任命为青年PKR书记但是从党在2004年批评党的领导后,下降了”,他还表示,安华之前,他的偶像。
司法专员诉讼前的听证会上,Azizul阿兹米阿德南周四继续。
凯里今天也出现在法庭上。他是第一被告的证人昨天完成了他的证词。
在2008年3月7日,安华提起诉讼,声称凯里,谁当时巫青副主任,发行于2008年2月20日在Lembah班底这里ceramah诽谤性的话。
他说,诽谤性文字和标题的视频剪辑“安华和亲属不构成威胁”的网站上公布,包括门户Malaysiakini.com。
Sumber  : Unit Media Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s