​BERSIH 5.0 DIJADIKAN PLATFORM UNTUK AGENDA POLITIK TUN MAHATHIR, BUKAN LAGI TENTANG PILIHANRAYA YG BERSIH DAN TELUS…

Gambar jelas membuktikan bahawa objektif penganjuran Bersih kini sudah jauh menyeleweng dan tersasar… ia bukan lagi berkisar kpd menuntut pilihanraya yg bersih dan adil, tetapi kini lebih menjurus kpd memperjuangkan agenda politik pihak tertentu yg berkepentingan…
Tun M telah berjaya ‘hijack’ Bersih 5.0, dan Ambiga serta teamnya kini lebih cenderung memihak kpd kehendak Tun M, bukan lagi Anwar sepertimana dalam Bersih yg sebelum2 ini…
Sebenarnya, tidak ada sebab untuk Tun M dan rakan2 sekomplotnya, khususnya dari parti Pribumi (walaupun tidak kelihatan kelibat TS Muhyiddin Yassin) untuk bersekongkol dgn Bersih, jika benar mereka memperjuangkan ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya, kerana pemimpin Pribumi belum pernah lagi melalui pilihanraya sebagai puak pembangkang… jadi, bagaimana mereka boleh katakan pilihanraya yg diuruskan oleh SPR sebagai tidak adil dan tidak telus… rata2 kebanyakan mereka berada di pihak kerajaan UMNO BN ketika bertanding dlm PRU yg lalu, dan mereka menang… adakah mereka sedia untuk akui bahawa kemenangan mereka telah diperolehi secara tidak adil dan tidak telus???
Beberapa faktor yg mendorong Ambiga cenderung untuk bersama dgn Tun M antaranya tidak lain dan tidak bukan disebabkan faktor dana… Ambiga sebenarnya sudah tidak diyakini oleh penyumbang2 dana yg asal… gerakan Bersih anjuran Ambiga semakin hilang taringnya… berbeza drpd Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Bersih 4.0 sudah gagal menarik minat rakyat Malaysia… tambahan pula apabila PAS kini memilih untuk bergerak secara sendirian sekaligus menyebabkan penyertaan dari kalangan penyokong PAS sudah berkurangan… DAP akhirnya terpaksa menggesa org Cina untuk turun ke jalan dalam Bersih 4.0… lebih malang lagi apabila penyumbang sumber dana Ambiga yg selama ini membiayai gerakan Bersih telah bocor menyebabkan mereka lebih berhati-hati dan cuba untuk mengelak drpd dikaitkan dgn sebarang gerakan subversif di Malaysia…
Tanpa restu Anwar, bermakna Ambiga terpaksa berdepan kehilangan sumber dana dari proksi Anwar… kita tahu, Anwar mempunyai rangkaian dana yg boleh dianggap kukuh dari kalangan rakan2 yahudinya yg berpaksikan di negara Uncle Sam… pertubuhan yahudi seperti NED, NDI dan beberapa lagi lebih mesra Anwar dan selama ini kumpulan inilah yg banyak membiayai gerakan BERSIH, dgn restu Anwar…
Tun M tahu masalah Ambiga, dan beliau juga tahu kekuatan BERSIH… Tun M perlukan satu gerakan yg lebih radikal bagi memastikan matlamatnya untuk menjatuhkan Najib akan berjaya, atau paling tidak untuk dijadikan platform tayangan kpd rakyat kononnya pengaruh dan kuasanya masih lagi berbisa… BERSIH mempunyai track record dan tentunya menjadi pilihan terbaik Tun M… 
Apa yg Tun M perlu lakukan adalah menyambung semula talian hayat Ambiga dan BERSIH, iaitu menyalurkan dana dan membiayai penganjuran BERSIH 5.0… Dan sudah tentu Ambiga tidak akan menolak…
Sumber  : Suara Melayu Baru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s