Singapura Berada Kedudukan No. 1, Hutang Di Kalangan Negara ASEAN.

Singapura yang merupakan negara termaju di rantau ASEAN, merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing dianggarkan bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), mengikut maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!.
Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.

Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.

Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).

Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion).

Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).

Beberapa negara Scandinavia yang memiliki tahap sosial yang tinggi juga memiliki hutang asing yang tinggi seperti Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion), Nor­way AS$615 bi­lion (RM2.52 tri­­lion) dan Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion.

Sumber Utusan

Ini bukan kali pertama Singapura menduduki tangga pertama hutang tertinggi di Asean, tahun lepas juga Singapura berada pada kedudukan yang sama. Baca pautan ini.

Apakah ini sesatunya kayu ukur yang sesuai untuk menilai ekonomi Singapura? Sudah tentu tidak jika ditanya pada mereka yang faham ekonomi.

Tetapi kalau di Malaysia, puak puak pembenci UMNO dan BN akan “troll” sakan kalau Malaysia yang berada di kedudukan Singapura. Mereka ini bukan faham pun ekonomi tetapi sembang bab ekonomi “tak pernah jatuh”.

Insaflah wahai penyokong penyokong Mahathir dan pembangkang.
Sumber  : TV14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s