Bagaimana Agong “Mengenakan” Mahathir.


Mahathir menyangka bahawa beliau telah berjaya mencetuskan rampasan kuasa apabila dia diperkenankan mengadap Yang DiPertuan Agong untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat. Apabila beliau duduk di hadapan Agong, baru Mahathir sedar bahawa perangkap telah dipasang dan dia sengaja masuk ke dalamnya. Kemudian Mahathir menyedari bahawa segala-galanya adalah bencana yang telah dirancang beberapa bulan lepas.

Enam bulan lalu pada 4 Mac 2016, empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno pada 29 Februari 2016, 45 pemimpin pembangkang dan ahli-ahli (Kempen Anti-Najib) ANC yang menandatangani Deklarasi Rakyat.

Antara pemimpin yang hadir ialah Lim Kit Siang, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Zaid Ibrahim, Maria Chin, Ambiga Sreenevasan, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Ling Liong Sik, Sanusi Junid, Mustafa Ali, Mahfuz Omar, dan, sudah tentu, Mahathir sendiri.

Pada 13 Mei 2016, pengumuman telah dibuat bahawa Deklarasi Rakyat telah memperolehi hampir 1.3 juta tandatangan hanya dalam masa dua bulan. Pada hari yang sama, ia telah diumumkan bahawa Deklarasi Rakyat dengan 1.3 juta atau lebih tandatangan itu akan diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tetapi Mahathir tidak mampu untuk mengadap baginda dan beliau kecewa, beliau berkata, “Kami telah mendapat 1.4 juta tandatangan, dan kami telah cuba untuk menunjukkannya kepada Agong. Tetapi sehingga kini saya masih tidak mampu untuk mengadap Agong kerana mungkin Agong di bawah tahanan rumah. Raja-raja mungkin ditahan di istana mereka.

Kira-kira dua minggu kemudian pada 26 Mei 2016, satu pendedahan dibuat bahawa 900,000 daripada hampir 1.3 juta tandatangan adalah palsu. Azharuddin Othman, seorang pengaturcara komputer bebas, mendakwa dia telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama kepada pergerakan Deklarasi Rakyat.

Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap Seri Paduka Baginda. Mahathir membawa salinan Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal dalam sampul surat kecil untuk diserahkan kepada Agong.

Tetapi mengapa Deklarasi Rakyat dengan 45 penandatangan asal, seperti Tamrin Ghafar yang mengumumkan bahawa mereka telah menarik diri? Apa yang berlaku kepada kira-kira 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan? Mengapa ini tidak diserahkan kepada Agong?

Agong tidak terlepas perkara yang sangat penting ini: bahawa Deklarasi Rakyat yang Mahathir serahkan kepada Baginda hanya mempunyai 45 tandatangan sahaja dan bukannya 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan. Apa yang berlaku semasa mesyuarat itu antara Mahathir dan Agong telah pun dijelaskan dalam artikel ini: What Khairuddin did not reveal regarding Mahathir’s meeting with the Agong.

Seperti yang dilaporkan semalam: Perkara pertama yang Seri Paduka Baginda Agong minta pada Mahathir apabila orang tua itu menyerahkan Deklarasi Rakyat dengan 1.4 juta tandatangan adalah sama ada beliau dapat menjamin bahawa semua tandatangan adalah tulen. Mahathir jelas tidak bersedia untuk ini, oleh kerana  beliau tidak menyediakan jawapan maka beliau agak terkejut dan diam untuk beberapa minit. Anda boleh melihat bahawa Mahathir mencari kata-kata dan akhirnya, selepas beberapa ketika, beliau menjawab ini adalah apa yang telah diberikan kepadanya.

BACA: SINI SUMBER , says Raja Petra

Agong adalah cukup bijak untuk menyedari bahawa apa yang dipanggil ‘Majlis penyerahan’ Deklarasi Rakyat adalah sampingan semata-mata. Ia hanya gimik atau aksi politik untuk memberi gambaran bahawa Deklarasi Rakyat adalah satu gerakan yang serius bertujuan untuk membawa perkara tersebut kepada perhatian Agong, dan diharapkan kepada Majlis Raja-Raja juga, bahawa Monarki perlu campur tangan dan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari segi perundangan, perkara ini tidak boleh berlaku tetapi apabila anda baru sahaja melakukan persembahan lagu dan tarian maka ianya tidak mengapa. Apa yang penting adalah faktor ‘kelihatan baik’ ; itu adalah berkenaan aksi politik. Jika Agong merasakan wajar untuk membenarkan Mahathir mengadap maka ini adalah penting. Ini bermakna ada sesuatu yang akan berlaku. Ini bermakna hari-hari Najib sedang dikira.

Mahathir berpendapat bahawa fakta beliau dibenarkan mengadap di mana beliau berjaya untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat sudah memberi tanda kemenangan. Apa yang berlaku selepas itu sama ada sesuatu berlaku tidak benar-benar penting. Mahathir tahu bahawa penyerahan Deklarasi Rakyat kepada Agong dua hari lalu mempunyai nilai sebanyak Petisyen Pembaharuan Pilihan Raya Bersih yang diserahkan kepada Agong pada November 2007 – bermakna tiada nilai sebenarnya.

Apa yang Mahathir tidak sedar sehingga dia menghadapi Agong adalah mesej yang baginda hantar bahawa baginda tidak berada di bawah tahanan rumah,seperti dakwaan Mahathir. Sebagaimana yang kita katakan dalam artikel semalam, What Khairuddin did not reveal regarding Mahathir’s meeting with the Agong, Mahathir masuk ke istana seperti ‘states’man dan keluar sebagai’ embarrass’man. Beliau telah diperlakukan seperti orang yang benar-benar bodoh.

Biasanya keadaan sedemikian akan diberi liputan meluas media. Kali ini, walau bagaimanapun, ia tidak seperti kebiasaannya walaupan dengan semua aksi politik Mahathir. Tidak ada gambar majlis penyerahan itu, yang akan menjadi gambar yang paling penting sekali.

Mahathir menyedari bahawa publisiti akan menjadikan keadaan lebih buruk kerana dia menyerahkan sampul surat kecil yang tidak mengandungi 1.4 juta tandatangan. Jika Deklarasi Rakyat termasuk 1.4 juta tandatangan ia akan menjadi setebal ensiklopedia, dan mungkin beberapa jilid. Dan yang pasti tandatangan tidak hanya pada thumb drive jika itu yang Khairuddin Abu Hassan akan perkatakan.

Kesimpulannya, Seri Paduka Baginda Agong memanggil Mahathir pembohong dan dia terperangkap. Dan yang indahnya adalah Mahathir tidak sedar perkara ini sehingga beliau duduk di hadapan Agong baru dia sedar bahawa dia telah berjalan masuk ke dalam perangkap. Pada masa itu ia sudah terlambat untuk berbuat apa-apa, dan apabila Agong mengubah tajuk kepada perkara remeh temeh, Mahathir menyedari yang ia bukan misi tercapai tetapi kegagalan misi.

Sumber  :1 Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s