Lim Guan Eng Sahkan Status DIADAP Itu Memang Dari Jeff Ooi.


​Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, Lim Guan Eng mengesahkan status biadap terhadap Allahyarham Datuk Dr Haron Din memang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang disiarkan portal rasmi DAP, Malaysiakini berkata tindakan Ooi itu adalah tidak sensitif dan sudahpun dipadamkan.
Ooi semalam dalam tempoh dua jam cuba memutarbelit hakikat itu dengan pada mulanya mendakwa akaun Twitter miliknya @Jeff4Malaysia telah digodam.
Ooi yang sebelum ini adalah seorang penulis blog sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen DAP, kemudiannya mendakwa tangkapan layar Twitter yang disiarkan MyNation News dan beberapa media lain adalah hasil manipulasi menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Dua jam kemudian, Ooi mengeluarkan kenyataan kononnya dia tidak pernah berkata akaun Twitter miliknya digodam.
Berbeza dengan ucapan takziah daripada pelbagai pemimpin politik dan masyarakat, Ooi memilih untuk menulis ‘Adios’ sebagai kesinambungan kepada satu lagi status Twitter ditulis Sidek Kamiso yang menghina Allahyarham Haron Din sebagai penjual air jampi.
Sidek yang juga penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagaimanapun sudah memadam status itu dan turut menyahaktif akaunnya.
Sumber  : My Nation News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s