​Pemberontakan Dalaman Sedang Berlaku Di Dalam Kerajaan Negeri Selangor!!!


■ Kerajaan Negeri Selangor pimpinan DS Azmin Ali dari PKR kini berada di dalam keadaan yang amat tidak stabil. Terkini, umum mengetahui parti PKR telah pecah kepada 3 kem, iaitu
1. Kem DS Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor

2. Kem DSWA

Presiden PKR

3. Kem TS Khalid Ibrahim

Mantan Menteri Besar Selangor

(Rujukan  : Bicara News)
■ Sebagaimana yang sedia maklum, semenjak kemunculan semula Tun Dr Mahathir di dalam kancah politik Malaysia, beliau banyak mempengaruhi DS Azmin Ali supaya PKR bersama2 berjuang dengan parti PPBM.
■ Namun hasrat dan kehendak Tun Mahathir terus mendapat bantahan dari Presiden Parti DSWA. Kerana perjuangan asal dan matlamat parti PKR hanya berjuang untuk menaikkan DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya memdedahkan salah laku 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
■ Kekalutan ini dapat dihidu oleh kem TS Khalid Ibrahim. Yang mana TS Khalid yang digugurkan dari jawatan Menteri Besar amat tidak bersetuju dengan cara2 DS Azmin Ali yang ingin memonopoli parti PKR bagi kepentingan peribadi beliau. 
■ Satu hipotesis dengan selang keyakinan 95% ketepatannya telah meramalkan, apabila parti Baru kem TS Khalid diluluskan oleh ROS pada bulan Oktober 2016, satu pergolakan besar akan terjadi di dalam kerajaan negeri Selangor. 
■ Anggaran 60% – 80% YB2 PKR di dalam kerajaan negeri Selangor akan lompat ke parti baru kem TS Khalid Ibrahim. 

Bukanlah rahsia parti baru TS Khalid ini pula akan bergabung dengan YB2 dari parti PAS dan mungkin juga bergabung dengan YB2 dari parti UMNO untuk melumpuhkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Matlamat utama adalah untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor DS Azmin Ali.
■ Ada 2 kemungkinan besar akan berlaku, iaitu

1. Kem TS Khalid akan mengunsurkan undi tidak percaya terhadap DS Azmin Ali

2. DS Azmin Ali akan menangguhkan persidangan untuk memberi laluan kepada PRN Selangor. 

3. Namun umum mengetahui sekiranya undi tidak percaya keatas Azmin berjaya Sultan selaku pemutus tidak akan merestui satu PRN Selangor seperti mana sewaktu pertukaran Khalid Ibrahim dan krisis politik Perak sebelum ini.
■ Tetapi di dalam skop politik Malaysia, apa2 saja boleh berlaku. Sama2lah kita menunggu dan melihat kesudahan kisah pergolakan parti PKR di Selangor ini dalam waktu yang tidak lama. Samada Azmin mampu melakukan rampasan kuasa keatas DSWA atau pun DSWA dibantu Rafizi berjaya mengulingkan Azmin Ali, itu tidak penting bagi UMNO dan BN kerana hasilnya PKR akan berpecah. Suatu keadaan tidak baik bagi PKR dan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 tidak lama lagi.
Dengan pemberontakan Azmin Ali seperti yang sedang berlaku waktu ini, tidak sukar untuk menjangkakan keadaan Anwar didalam penjara ketika ini yang seolah olah diserang buasir tahap 4. Suatu keadaan cukup kritikal dan boleh membunuh pengidapnya..

Duduk salah, berdiri pun salah, tergaru garu sana sini ketika jasad terkurung didalam. Buasir tahap 4 boleh membunuh Anwar.

Manakala orang harapannya YB Rafizi sudah tidak boleh diberikan harapan kerana separuh kakinya sudah didalam penjara.
Sumber  : Rozmi Mokhtar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s