Umat Islam Paling Banyak Terjebak Dalam Masalah Sosial!!

Seorang aktivis, Dr Ahmad Farouk Musa, mendakwa umat Islam paling banyak yang terjebak dalam masalah sosial… Hal ini disebabkan oleh kurangnya pendidikan dan pemahaman agama yang betul.

Apa yang mempengaruhi golongan muda dan umat Islam sehingga mereka cenderung kepada isu seks di luar nikah ini, adalah kerana kurangnya nilai murni dalam diri dan falsafah moral tentang Islam.

Jika masyarakat benar-benar mempunyai fahaman islam yang benar… Maka pastinya bilangan anak luar nikah yang membabitkan pasangan Islam rendah, berbanding pasangan bukan Islam…. Bagi yang belum berkahwin.

“Saya tidak ada statistik semasa, tetapi pada 2012, lebih 50% daripada anak luar nikah adalah keturunan Melayu.

“Jika dilihat kurikulum sekolah, murid Islam sudah pun mengikuti pendidikan Islam sementara bukan Islam pendidikan moral,” katanya.

Susulan daripada itu, Dr Farouk mencadangkan supaya pendidikan seks disekolah dipertingkatkan serta di nilai kekurangannya… Ini bagi mencegah golongan muda dari berpemikiran cetek.

“Kita sekarang lebih berminat tentang halal dan haram, bukan soal etika atau akhlak, atau nilai falsafah di sebalik sesuatu ibadah,” katanya.

Kalau setakat belajar mengenai ibadat tetapi tidak mempraktikkan soal nilai falsafah dan moralnya… Maka itu akan menyebabkan kekurangan dalam kehidupan harian kita. Apa guna jika kita tahu pasal hukum-hakam Islam tapi tidak laksanakannya??

Remaja sekarang ni memang jahil pasal kehamilan… Apa yang dorang tahu nak seronok je, tapi pendidikan mengenai seks kurang. Sebab tu la dorang tak dapat nak kawal diri dan terdorong ke arah perbuatan yang boleh menyebabkan kehamilan.

Sumber  : Utara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s