Salleh Said Keruak Bidas WSJ Kerana Terlalu Berusaha Mahu Jatuhkan Negara Islam.


​Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini membidas akhbar Wall Street Journal yang berterusan berpaksikan agenda politik dalam laporan mereka terhadap Malaysia, terutama 1MDB.
Melalui satu kenyataan penuh sindiran, Salleh turut menyarankan WSJ untuk meletakkan calon bagi Pilihanraya Umum akan datang memandangkan akhbar itu sangat berminat untuk campur tangan dalam politik negara ini.
“Mereka sudah berperangai seperti ahli politik dan tukang kempen, bukan lagi satu media yang berkredibiliti dan bebas,” kata Salleh.
Salleh berkata liputan WSJ hanya berkisar kepada laporan dikitar semula dan mengulangi dakwaan yang tidak dapat dibuktikan.
Beliau berkata WSJ membuat dakwaan bagi mencemarkan negara tanpa justifikasi seimbang dengan memetik sumber tanpa nama dan dokumen yang secara misterinya hanya WSJ sahaja bercakap dengan mereka dan melihat dokumen itu. 
Dan itu, kata Salleh ia segala dakwaan itu berasaskan sesuatu tidak wujud atau dicetuskan oleh parti lawan dengan menyebarkan maklumat tidak lengkap dan palsu.
“Laporan WSJ terhadap Malaysia dilihat semakin terdesak dan melampau. Mereka telah mengenepikan prinsip bersandarkan fakta dan melalui media bebas dan kini ia tidak lebih daripada sebuah blog berpaksikan kepada parti pembangkang.
“Adalah secara terang, akhbar Amerika ini serta mereka yang memberi maklumat (sama ada palsu atau tidak benar) adalah bagi mengisi telaga nafsu mereka, seperti Mahathir Mohamad dan proksinya, bagi mempengaruhi proses politik Malaysia dan menentukan siapakah yang patut menubuhkan kerajaan (dan menjadi orang suruhan mereka).
Salleh berkata WSJ secara sengaja menyuap pembaca dengan visi keangkuhan dan serong mereka terhadap Malaysia dan jika kita tunduk kepada objektif WSJ ini, keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan negara dengan majoritinya Islam akan runtuh.
“Tetapi hari siapa berkuasa adalah betul dan perlu tunduk kepada penjajah colonial sudah lama berakhir. 
“Kita tidak akan tunduk kepada sesiapa, terutama kepada media neo-konservatif seperti WSJ yang pernah berterusan menggesa campur tangan asing dalam negara Islam sehingga hancur sebagaimana berlaku di Iraq.
“Merekalah bertanggungjawab membuka pintu kepada pembunuhan, kemusnahan dan ketidakstabilan sebuah negara.
“Kita di Malaysia, tahu bagaimana untuk mentadbir negara kita bagi mengekalkan kestabilan,
“Kita akan memastikan hanya rakyat Malaysia yang akan menentukan masa depan negara ini, dan peti undi adalah sebahagian daripada proses itu,” tambah Salleh.
Sumber  : My Nation News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s