Pembinaan LRT Akan ‘Menyusahkan’ Rakyat Di Pulau Pinang!!

Sebut saja pasal harga rumah ataupun kedai di Pulau Pinang….. Pasti ramai yang mengetahui, kadar harga di negeri itu merupakan paling tertinggi di antara negeri-negeri lain.

Bagi peniaga-peniaga di negeri itu…. Walaupun kadar sewa kedai tinggi, mereka terpaksa menyewa untuk meneruskan perniagaan yang dijalankan mereka demi menyara kehidupan seharian.

Meskipun telah dikenakan kadar sewa yang tinggi, peniaga-peniaga di negeri itu melahirkan rasa kebimbangan dengan kadar sewa yang akan dihadapi mereka, setelah wujudnya Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.

Itulah….. Rakyat Pulau Pinang membantah projek pembinaan LRT bukan kerana tidak mahukan pembangunan di negeri itu… Tetapi rakyat Pulau Pinang tahu apa yang akan terjadi kepada mereka, jika semua tempat dibangunkan.

Korang kena tahu… Pulau Pinang mempunyai tanah yang terhad… Tiada tanah-tanah kosong yang dapat dibangunkan lagi… Bila tanah dah menjadi terhad, maka harga tanah di negeri itu secara automatiknya akan melambung tinggi.

Ini akan memberi kesusahan kepada rakyat Pulau Pinang sendiri untuk memiliki kediaman mereka…. Rumah-rumah yang dibina akan dikenakan harga yang tinggi.

Menurut peniaga di Georgetown, mereka bimbang dengan kewujudan LRT di negeri itu yang dikhabarkan akan dibina dari Komtar hingga ke Lapangan Terbang Bayan Lepas akan menyebabkan kadar sewa lot kedai melambung tinggi.

Tambah peniaga-peniaga di Georgetown, jika kadar sewa terus dinaikkan, mereka tidak lagi mampu meneruskan perniagaan mereka di negeri itu kerana hasil keuntungan yang diperolehi akan habis digunakan untuk membayar sewa kedai.

Peniaga-peniaga Georgetown turut memaklumkan, mereka terpaksa mencari kedai lain untuk meneruskan perniagaan, jika tidak mereka terpaksa gulung tikar dengan kadar yang dikenakan.
Sumber  : Utara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s