Mahathir Malu Besar, Azmin Enggan Lantik Muhyiddin Sebagai Ketua Pembangkang.


Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berang dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menolak cadangan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Mahathir sebelum ini dikatakan telah melobi agar jawatan tersebut diserahkan kepada Muhyiddin atas kapasitinya sebagai bekas timbalan perdana menteri serta untuk membolehkan blok pembangkang mempunyai suara yang lebih lantang menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Azmin sambil menegaskan tiada keperluan untuk melantik Muhyiddin bagi mengisi jawatan yang pernah disandang oleh Anwar Ibrahim itu.

Azmin turut menyifatkan cadangan itu sebagai bukan topik penting untuk diketengahkan pada masa ini.

“PKR tetap dengan pendirian untuk mengekalkan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.

“Sekarang bukan soal siapa ketua pembangkang (baharu) sebab ketua pembangkang telah pun ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (jadi)tidak ada cadangan untuk tukar (ketua pembangkang) yang baharu,” katanya semalam.

Sumber rapat Tun Mahathir turut berkata, bekas perdana menteri selama 22 tahun dikatakan kecewa dengan kenyataan Azmin itu kerana ia bakal menjejaskan peluang untuk menewaskan kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum ini mencadangkan agar Muhyiddin dilantik sebagai ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.

Pada 9 Ogos lepas, Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin Umno mendaftarkan parti itu, yang dikritik sebagai serpihan Umno dan tanpa motif jelas penubuhannya.

Sumber  :1 Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s