Ini Adalah Anak Saya – Jeganathan.

PETALING JAYA: “Ini adalah anak saya,” kata jurulatih Paralimpik Rio, R. Jeganathan ketika mengulas tentang kejayaan anak didiknya, Mohd Ridzuan Mohd Puzi yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter.

Malah Jeganathan tanpa segan silu menitiskan air mata ketika melahirkan rasa bersyukurnya kepada Ridzuan sambil kedua-dua mereka berpelukan semasa diwawancara oleh Astro Arena.

Apabila ditanya tentang ucapan yang ingin disampaikan kepada Ridzuan, Jeganathan berkata:

“Ini adalah anak saya. Terima kasih. Terima kasih. Saya mungkin terlalu memberi tekanan atau memarahi kamu tetapi inilah hasilnya.

“Kini kamu faham sebab saya selalu marah ketika latihan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Malah wartawan Astro Arena yang terlibat dalam wawancara tersebut turut dilihat menitiskan air mata akibat terharu dengan keakraban Jeganathan dan Ridzuan.

Pada awal video berkenaan yang dikongsi dalam laman Facebook oleh Astro Arena, Jeganathan berkata, Ridzuan sering menganggapnya sebagai seorang ayah dan akan mematuhi segala arahannya.

“Dia tidak banyak soal dan melakukan apa sahaja yang disuruh.

“Mungkin disebabkan dia berasa sayang kepada saya dan saya melayannya seperti seorang anak, menyebabkan dia mudah ikut segala arahan,” katanya.

Sumber  : mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s