67 Transformasi Yang Telah Dilaksana Sepanjang Tempoh YAB Ahmad Razif Mengambilalih Kerajaan Terengganu.

Menteri Besar Terengganu YAB Ahmad Razif dan seluruh exco kerajaan Terengganu, telah melakar sejarah dengan mencipta banyak kejayaan.
67 Kejayaan Transformasi Terengganu Baharu yang berjaya dilaksanakan oleh Ahmad Razif.
1.TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU
YAB Ahmad Razif Abd Rahman memperkenalkan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) beteraskan lapan prinsip bagi memperkukuhkan perlaksaan agenda politik, Pentadbiran dan Ekonomi.
2.PUSAT TRANSFORMASI RAKYAT
Atau Putra ditubuhkan di bawah Pejabat Menteri Besar bagi menilai prestasi dan impak program dasar kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan.
3.INSTITUT DARUL IMAN ATAU IDAMAN
Berpusat di UniSZA digerakkan bagi membantu pentadbiran negeri, mengkaji setiap perancangan kerajaan dan memastikan ianya memberi faedah kepada rakyat.
4.MAJLIS PERUNDINGAN RAKYAT atau MPR
Ditubuhkan di semua daerah dan dipengerusikan olehPegawai Daerah untuk menggerakkan kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi bagimengenal pasti masalah dan kehendak rakyat untuk dijadikan asas dalam pembangunan negeri.
5.SISTEM E-ADUAN
Sebagai saluran rakyat membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadangan dengan lebih mudah dan cepat.
6.RATING J3K
Memperkenalkan rating mengikut bintang untuk mengukur prestasi perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) di seluruh negeri. Rating itu akan menjadi penunjukprestasi utama (KPI) mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
7.TERENGGANU TERBERSIH
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu diminta mewujudkan Zon Bersih. Majlis Daerah Setiu (MDS) menjadi PBT pertama yang berjaya wujudkan Zon Bersih. Lapan kawasan di MDS digazetkan sebagai Zon Bersih, Kerajan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM33.5 juta pada tahun 2015 dalam usaha 11 meningkatkan tahap kualiti kebersihan.
8. GUNA RATING BINTANG NILAI TAHAP KEBERSIHAN TANDAS AWAM
9. NAIK TARAF KAWASAN REKREASI
Dataran Shahbandar, Pantai Batu Burok, Lagun Kuala Ibai Pantai Teluk Ketapang, Pulau Warisan.
10. MAJLIS PERUNDINGAN INTEGRITI NEGERI TERENGGANU (MPINT)
Terengganu negeri pertama menubuhkan MPINT bagi menangani rasuah dan ketirisan dan perkara itu mendapat pujian daripada SPRM. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi pentadbiran negeri pertama di Malaysia menandatangai Ikrar Integriti Korporat.
11. ISYTIHAR HARTA
Semua Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Terengganu Incoperated Sdn. Bhd. dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
12. TURUNKAN HARGA RUMAH
Menurun harga Rumah Mampu Milik kepada RM68,000 daripada RM73,000. Bayaran bulanan diturunkan kepada RM189 daripada RM323. Bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus dihapuskan.
13. LONGGARKAN SYARAT PEMILIKAN RUMAH.
Melonggarkan syarat pemilikan rumah kediaman dengan menyediakan kuota 10 peratus rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan bujang.
14. RUMAH PERCUMA UNTUK KELUARGA MISKIN
Membina 320 unit rumah teres Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara percuma kepada keluarga miskin di seluruh Terengganu yang bernilai RM40,000 seunit. Setiap DUN 10 unit.
15. BAYARAN RUMAH SERENDAH RM50 SEBULAN
Menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) hanya dengan kadar RM20,000 seunit atau bayaran bulanan serendah RM50 kepada keluarga miskin berbanding harga sebenar RM68,000 seunit. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memberi subsidi sebanyak RM30,000 manakala kerajaan negeri menambah lagi subsidi sejumlah RM18,000. Jumlah subsidi RM48,000. Untuk permulaan, 50 unit rumah tersebut disediakan di RMM Kampung Batin, Seberang Takir.
16. MASJID CONTOH SETIAP DAERAH
Memperluas fungsi masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat. Masjid Al-Muktafi Billah Shah atau Masjid Ladang dijadikan model penyatuan masyarakat.
17. MADRASAH MODEN MAIDAM
Yang pertama dibuka di Batu Rakit, Kuala Nerus. Dua lagi akan dibuka di Besut dan Hulu Terengganu tahun hadapan.
18. PONDOK ISLAH
Kompleks Al-Islah itu bakal dibina di Kampung Serada untuk menempatkan pelajar bermasalah. Program kerjasamama MAIDAM, Yayasan Islam Terengganu dan Jabatan Pelajaran itu bermula tahun hadapan bagi mendidik akhlak remaja Islam dan penekanan kepada ilmu agama yang lebih mendalam.
19. SIJIL PENGAJIAN AGAMA ISLAM MAIDAM
Akan memperluas program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) ke masjid terpilih seluruh negeri. SPAIT yang bermula Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut akan diperluas  ke masjid terpilih di daerah Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus.
20. PREMIS PERNIAGAAN DITUTUP SELAMA DUA JAM PADA WAKTU SOLAT JUMAAT
Bagi menghormati waktu solat Jumaat dan membentuk rakyat dengan nilai-nilai islam.
21. PUSAT INDUSTRI BERDAYA SAING
Terengganu menyasarkan untuk membuka pusat industri yang berdaya saing di kawasan perindustrian baharu, Lembah Perasing dan Lot Q di Kemaman dan Taman Industri Antarabangsa Terengganu di Hulu Terengganu.
22. KSB CAPAI TAHAP PANGKALAN TERULUNG
Kerajaan negeri memperuntukkan hampir 280 hektar tanah kepada Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) untuk mencapai tahap sebuah pangkalan yang terulung di Semenanjung Malaysia. Peruntukan itu bertujuan melengkapi KSB dengan kemudahan pelabuhan dan gudang-gudang yang diperlukan pengusaha petroleum termasuk yang sedia ada dan yang baharu
23. BANGUN LEMBAH SILIKA
Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. mengetuai sebuah konsortium antarabangsa melabur antara RM450 juta hingga RM550 juta dalam tempoh lima tahun untuk membangunkan lembah silika yang pertama dunia di Setiu. Tapak projek pengeluaran pasir silika di kawasan seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang akan menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk silika dan sektor berkaitan galian itu.
24. PENUBUHAN MAJLIS EKONOMI NEGERI TERENGGANU (MEN-T)
Ditubuhkan bagi merancang, melaksanadan memantau projek-projek ekonomi berimpak tinggi. Unit Projek Berimpak Tinggi ditubuhkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi merealisasikan misi ini.
25. TERENGGANU INVESTMENT UNIT (T-INVEST)
Akan menyelaras semua aktiviti dan projek pelaburan dalam pelbagai sektor di bawah satu unit baharu yang dibentuk menerusi jawatankuasa khas. Ia bakal dianggotai golongan profesional daripada pelbagai bidang, sekali gus akan menjadi platform untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih pesat.
26. HAB TEKNOLOGI
Kerajaan negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat gergasi di Malaysia, Cyberview Sdn. Bhd. bagi membangunkan hab teknologi di Terengganu.
27. BAIK PULIH STADIUM SULTAN MIZAN
Kerajaan negeri melantik 14 kontraktor bagi menyiapkan kerja pembaikian Stadium Sultan MizanZainal Abidin di Gong Badak dengan peruntukan kos keseluruhan RM26.8 juta.
28. LEBUH RAYA PANTAI TIMUR
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa II mula dibuka sepenuhnya secara rasmi kepada pengguna mulai 31 Januari selepas diwartakan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Kemudahan kepada lalu lintas dari Kuala Terengganu ke Kemaman sejauh 184 kilometer itu mampu menjadi pemangkin bagi melonjak ekonomi setempat.
29. PROJEK TEBATAN BANJIR
Projek Saliran dan Tebatan Banjir Baruh Tok Jiring bagi Fasa I yang melibatkan kos RM87 juta telah bermula Mac 2015.
30. JALAN DUA LORONG KEPADA EMPAT LORONG
Pelebaran jalan sebelah pantai Kuala Terengganu ke Kemaman daripada dua lorong kepada empat lorong diteruskan secara berperingkat. Setakat Mei 2015, laluan Jambu Bongkok – Rantau Abang telah siap manakala laluan Rantau Abang – Kuala Abang masih dalam pembinan.
31. JAMBATAN ANGKAT
Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan di Sungai Terengganu telah memulakan pembinaanya sejak Disember 2014, berjalan mengikut jadual. Jambatan sepanjang 630 meter dan selebar 30 meter itu dijangka siap pada Mac 2017 merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
32. JAMBATAN PULAU SEKATI
Jambatan Pulau Sekati sepanjang dua kilometer menghubungkan Losong dan Teluk Pasu dijangka siap tahun 2016.
33. MAJLIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU (MPPNT) MPPNT ditubuhkan sebagai badan yang bertanggungjawab membantu kerajaan bagi mengenalpasti setiap keperluan dalam industri pelancongan termasuk pembangunan pulau bebas cukai di Tasik Kenyir.
34. LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD HAB PELANCONGAN
Sebuah jawatankuasa dibentuk dan dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar bagi menstruktur semula Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebagai hab pelancongan di Terengganu.
35. SETIU WETLAND
Kawasan seluas 400 hektar diwartatakan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya, sekali gus menjadi tarikan pelancong.
36. PASAR BESAR KEDAI PAYANG
Kerajaan Terengganu bersetuju membina Pasar Besar Kedai Payang yang baharu dengan mengikut aspirasi rakyat tanpa membina hotel tetapi mengekalkan warisan Terengganu khususnya jam besar dan replika perahu payang.
37. UPTOWN KT WALK
Kerajaan negeri mewujudkan sebuah pasar malam untuk memberi peluang kepada peniaga kecil dan penjaja berniaga yang dikenali sebagai ‘Uptown KT Walk.
38. BUKIT BESI BANDAR BERSEJARAH
Imej bandar Bukit Besi untuk muncul sebagai Bandar Bersejarah Negeri Terengganu bagi tempoh 15 tahun lagi. Peringkat permulaan, draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 dilancarkan.
39. PUSAT PENTADBIRAN DAERAH BAHARU KUALA NERUS
Daerah Kuala Nerus berkeluasan 39,890 hektar dengan populasi lebih 200,000, kini pesat membangun dengan kedudukannya sebagai tapak institusi pengajian tinggi, institut kemahiran dan industri di samping banyak projek perumahan.
Projek penyediaan prasarana pusat pentadbiran itu keseluruhannya dijangka menelan kos keseluruhan mencecah RM100 juta. RM20 juta dilaburkan untuk kerja-kerja tanah dan RM30 juta untuk menyelesaikan projek tambakan banjir.
40. KENAIKAN INSENTIF PERSATUAN BELIA
Kenaikan insentif tahunan dari RM2,000 kepada RM5,000 untuk semua persatuan belia yang dikategorikan sebagai aktif. Setiap persatuan belia cawangan mendapat RM2,000, belia daerah RM8,000 dan RM40,000 untuk persatuan belia peringkat negeri.
41. SKUAD SUKARELAWAN TTB
Unit khas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihak berwajib dalam setiap kerja sosial dan misi kemanusiaan. Ia mampu menerapkan nilai-nilai murni dan mengukuhkan jadi diri.
42. Penubuhan 3 buah Sekolah Menengah IMTIAZ baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus
43. Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh IMTIAZ Elit
44. Islamic Scienctist Program iaitu penajaan 3 pelajar hafiz IMTIAZ SPM 2014 ke universiti luar negara dalam bidang Aerospace Engineering sehingga ke peringkat PhD
45. Program IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) bagi kemasukan pelajar terus ke Peringkat A Level
46. Menaik taraf Institut al-Quran Terengganu menjadi Kolej
47. Penubuhan Sekolah Madrasah Moden MAIDAM
48. Sistem i-Class ganti e-Book
49. Trenglish atau Transforming English.
50. 32 sekolah terpilih sebagai perintis Program Mensasarkan Sifar Lepasan SPM ke Universiti Rasionalisasi institusi-institusi pendidikan tinggi dan pusat kemahiran kerajaan negeri seperti TATI, TESDEC dan TTITC
51. TABUNG DANA KHAS DARUL IMAN
Dana yang disediakan kerajaan negeri iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Dana Sosial Perubatan dan Tabung Penyakit Kronik bagi membantu rakyat negeri ini diselaraskan menjadi satu tabung iaitu Tabung Dana Khas Darul Iman.
52. PUSAT REHABILITASI 1MALAYSIA (PR1M) P
R1M telah dan akan diwujudkan di semua daerah termasuk di Seberang Takir, Batu Rakit, Jertih, Bandar Al-Muktafi Billah Shah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan dan MAIDAM.
53. Hospital UniSZA dibina di Gong Badak dengan kapasiti 400 katil dijangka siap 2017
54. Kuala Terengganu Specialist (KTS) milik anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad
55. Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
56. BIASISWA ATLET MASUK IPT
Atlet Terengganu yang cemerlang dalam bidang sukan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan menerusi skim insentif baru diperkenalkan Kerajaan Negeri bermula 2015. Skim khas berbentuk biasiswa pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) itu merupakan pengiktirafan kepada atlet yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.
57. INSENTIF SUKMA RM1.57 Juta
Insentif SUKMA ke-17 di Perlis diagihkan kepada 177 atlet yang melibatkan 79 pemenang pingat emas, 84 (pingat perak) dan 54 (pingat gangsa) dengan masing-masing memperolehi RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa). Jumlah insentif itu juga melibatkan imbuhan kepada empat atlet yang mencipta dua rekod kebangsaan (RM9,000), 12 atlet yang menghasilkan tiga rekod SUKMA (RM17,000), 119 pengurus dan jurulatih (RM448,000) serta 15 persatuan sukan negeri (RM75,000).
58. TERENGGANU HOKI TEAM (THT)
THT melakar sejarah apabila muncul juara Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) 2014 buat pertama kalinya.
59. Hadiah RM100 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk setiap bayi yang lahir tahun ini, bermula 1 Januari 2015
60. Bantuan RM200 sebulan untuk penarik beca roda tiga dan pemilik bot penambang
61. Buat pertama kalinya, kerajaan negeri memberi bonus RM500 kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Pegawai Teknologi Maklumat (EIO), Juruteknik Komputer (TSO) dan guru kelas tadika
62. Dana Raya dan Dana Bakti Remaja diteruskan. Permohonan secara online melalui danattb.terengganu.gov.my
63. Tahun 2014 kira-kira RM 70 juta diagihkan kepada 189,840 penerima Dana Hari Raya, manakala RM19 juta pula diperuntukkan
64. Bantuan RM1,000 kepada kira-kira 17,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Terengganu. RM500 daripada kerajaan negeri dan RM500 lagi daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu untuk 93,726 penerima Dana Bakti Remaja
65. JOM NANAM
600 peserta telah menyertai Program Jom Nanam sehingga Mei 2015. Sasaran, 100 peserta setiap DUN.
66. PUSAT SEHENTI MADU ASLI TERENGGANU
Kerajaan negeri mensasarkan 40 metrik tan madu lebah dan 20 metrik tan madu kelulut dengan perolehan pendapatan RM4.1 juta pada tahun 2015. Selain mempunyai Pusat Apiari Zon Timur di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu mempunyai lebih 600 pemungut madu lebah. Pusat Pembangunan Industri Madu bernilai RM 1.7 juta akan dibina di Chendering.
67. PENTERNAKAN TERUMBU KARANG
Terengganu dipilih untuk menjadi perintis bagi membangunkan projek penternakan terumbu karang di Semenanjung Malaysia. Pulau Bidong dipilih untuk menjadi lokasi projek itu melibatkan 20 nelayan tempatan.
Dan banyak lagi program yang disusun yang bakal direalisasikan oleh MB Razif dan saf kepimpinan negeri Terengganu.
Sumber  : Cairo Burungantoo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s