​MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG MENGATAKAN TUN ABDUL RAZAK SEBAGAI TALI BARUT JEPUN.


Apabila Jepun yang telah menanwan Tanah Melayu ketika itu mendapati bahawa Tun Razak seorang anak Melayu yang berpelajaran.Pihak berkuasa Jepun di Bentong telah mengambil Tun Razak untuk dilatih sebagai JURUBAHASA  dan dihantar ke Pusat Latihan Pegawai Kerajaan Jepun (Koa Kunrensjo) di Singapura bagi menjalani latihan indoktrinisasi selama enam bulan meliputi bahasa dan budaya Jepun.
Kemudia beliau ditempatkan menjadi pegawai paling kanan di Jabatan Propaganda Jepun di Kuala Lipis. Tun Razak bersama sahabatnya Ghazali Shafie (Tun).


Tun Razak dan Ghazali telah menyertai gerakan bawah anti Jepun – Japanese Malay Resistance Monement- Yang ditubuhkan oleh Yeop Mahidin yang merupakan pembantu kepada ayah Tun Razak di pejabat daerah Bentong. Gerakan ini dikenali sebagai Wataniah turut mendapat sokongan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayadin Al-Mutasin Shah.
Tun Razak menggunakan jawatan yang diberikanoleh pihak Jepun dengan menyalurkan maklumat mengenai pergerakan tentera dan polis Jepun kepada Wataniah melalui Ghazali dan individu tertentu. Antara maklumat yang diberikan oleh Tun Razak ialah jadual lawatan tentera Jepun mengutip padi daripada orang kampung supaya orang kampung dapat menyembunyikan padi mereka.
Pada tahun 1945 Wataniah telah menjalinkan kerjasama dengan Force 136 dan akhirnya Wataniah telah diserapkan ke dalam Force 136.
Jelas dinyatakan disini bahawa Tun Razak telah menjadi “Perisik” dalam pentadbiran Jepun. Ini adalah strategi yang sangat licik dan berani serta penuh risiko.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s