Lontaran rekod dunia Ziyad bantu Malaysia raih pingat emas kedua


Belum reda dengan kegembiraan di atas kejayaan Ridzuan Puzi, turut menyusul adalah seorang lagi atlet menyumbang emas buat negara, Ziyad Zulkifli menerusi lontaran bertenaga 16.84 meter yang juga rekod baru dunia bagi lontar peluru klasifiksi f20.

Ziyad menjadi perhatian semua penonton di Stadium Olimpik Rio menerusi gelagat dan juga keyakinan yang ditonjolkan anak jati Kuala Lumpur ini.

Balingan pertama Ziyad ibarat amaran awal apabila ia tercatat sebagai rekod baru dunia dengan jarak 16.40 meter dan kedudukan itu selesa tanpa disaingi mana-mana peserta lain.

Hakikatnya, Ziyad pernah membuat rekod peribadi dengan catatan melebihi 17 meter awal tahun ini di Jerman, dan dia mahu cuba membuktikannya di Rio.

Balingan kelima Ziyad menjadi balingan keramat, sekali gus menobatkannya sebagai penerima pingat emas yang juga emas kedua buat negara di Sukan Paralimpik ini.

Lebih manis, nama Ziyad kini tercatat sebagai pemegang rekod baru dunia.

Percubaan wakil dari Greece, Dimitrious Senikidis, untuk mengatasi balingan yang dilakukan Ziyad, berakhir hampa dan terpaksa akur dengan perak manakala peserta Australia, Todd Hodgets, gangsa.

“Ini kejayaan terbaik dalam kerjaya saya, saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya. Kejayaan pingat emas ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, terima kasih semua,” kata Ziyad.

“Ziyad telah melakukan balingan yang baik pada percubaan pertama, tetapi saya mahu Ziyad melakukan lebih lagi kerana pesaing dari Greece itu juga melakukan catatan yang hampir meraih pingat emas,” kata jurulatih lontar peluru, Faizul Harun.

Sumber  : Stadium Astro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s