Kos Projek Taman Tugu libatkan 4 komponen utama

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Peruntukan RM650 juta bagi pembiayaan Projek Taman Tugu adalah melibatkan empat komponen utama dan bukan hanya difokuskan terhadap pembinaan tapak taman itu semata-mata.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya akan memastikan kos yang dilaburkan dalam mewujudkan taman rimba kota itu bermanfaat kepada seluruh lapisan rakyat negara ini.

Beliau menjelaskan, kos projek itu membabitkan kerja-kerja pemuliharaan merangkumi pemeliharaan kira-kira 1,000 pokok sedia ada serta penanaman 5,000 pokok hutan hujan tempatan yang kebanyakannya berusia antara 10 hingga 12 tahun.

Menurut beliau, komponen paling utama yang menjadikan kos projek itu tinggi ialah menambahbaik kesalinghubungan dengan kawasan persekitaran melibatkan beberapa laluan perantaraan termasuk pengaktifan tapak taman itu sendiri antaranya menyediakan akses ilmu dengan membina Pusat Pendidikan Hutan Hujan.

“Kita akui ia satu jumlah besar. Kalau kita ambil kira kos untuk taman, hanya suku sahaja dari kos itu manakala untuk pokok hanya lima peratus.

“Bagaimanapun, kita laburkan juga untuk komponen penghubung yang telah kita rancang dan kos penyenggaraan untuk 10 tahun juga termasuk dalam kos tersebut demi manfaat orang ramai. 

Selepas itu, Taman Tugu akan dipindah milik kepada sebuah badan amanah awam bagi memboleh­kan ia diselenggara secara profesional dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat dalam sesi dialog terbuka berhubung pembinaan projek itu yang dihadiri kira-kira 300 peserta di Mercu UEM, KL Sentral di sini hari ini.

Khazanah menganjurkan beberapa sesi dialog awam bermula hari ini bagi mendapatkan maklum balas serta memberi penjelasan terperinci mengenai projek taman itu selain menyediakan maklumat-maklumat terkini menerusi laman web Projek Taman Tugu, http://www.tamantugu.com.my.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada suku pertama tahun depan yang kebanyakannya akan dilakukan oleh syarikat operasi Khazanah.

Menurut beliau, pihaknya amat mementingkan proses perolehan yang tegas dan tepat dalam pemberian tender projek berkenaan.

“Pada masa ini kita dalam proses pemberian tender dan kita menjangkakan selepas enam bulan proses pembinaan akan mula dilaksanakan,” katanya.

Sumber  : Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: