‘Ayam Sabung’ Anwar Sudah Tempang Memberi Peluang Buat Azmin Mengorak Langkah


​Usaha Azmin perkukuh kedudukan…
Pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai usaha yang diaturkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengukuhkan kedudukannya di dalam parti.
Kemelut didalam PKR antara kem Azmin dan kem Wan Azizah diketahui umum dan kemuncaknya ketika PRN Sarawak sebelum inu dimana berlaku pertembungan sesama sendiri diantara calon DAP dan PKR sebagai satu sabotaj dari PKR keatas DAP yang dilihat Pro Azmin  
 Rafizi yang merupakan orang kesayangan Anwar secara terbuka telah menyerang pentadbiran Azmin baru baru ini. Umum mengetahui apabila Rafizi mula menyerang Azmin itu bermakna ianya arahan dari penjara kerana Rafizi merupakan orang kesayangan Anwar berikutan bakat Rafizi yang tersendiri dan hanya Anwar yang tahu…….
Namun ketika ini gencatan senjata terpaksa dibuat ekoran masalah Rafizi yang berhadapan kes besar dimahkamah dan sebelah kakinya sudah didalam penjara. 

Dalam setuasi Rafizi hadapi masalah besar ini Azmin mengambil peluang mengukuhkan kedudukannya dan kem Wan Azizah terpaksa merestuinya atau dalam bahasa mudah izin dalam paksa bagi mengelak rampasan kuasa didalam PKR berlaku apatah lagi Wan Azizah tidak berupaya menanganinya..
Manakala Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula berkata, semua sedia maklum, Mohamad Azmin kini sedang menghadapi pertarungan dalaman melibatkan beberapa kumpulan di dalam PKR.
“Saya fikir ada dua sebab pertemuan tersebut, pertama sebagai satu usaha yang dilakukan Azmin hendak perkasakan kedudukan. Kerana Azmin di dalam PKR sedang menghadapi pertembungan antara kumpulan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
“Dengan usaha itu, dia (Azmin) rasa dapat memberi kekuatan tambahan kepadanya di dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini hari ini.
Persidangan tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azam Ismail.
Baru-baru ini, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan de­ngan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan untuk menyatakan­ sokongan kepada bekas timbalannya itu yang mengemukakan injuksi bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun menafikan pertemuannya dengan Anwar sebagai tanda berdamai selepas 18 tahun bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada jawatannya.
Pada 1998, Perdana Menteri paling lama berkuasa itu memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas didakwanya terlibat dengan aktiviti salah laku seksual sehingga akhirnya mencetus ge­rakan reformasi jalanan.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau juga berpendapat, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu tidak bermakna Dr. Mahathir beranggapan Anwar tidak bersalah dalam kes-kes sebelum ini.
“Pada saya yang mengenali Dr. Mahathir, kalau pun Dr. Mahathir jumpa Anwar tidak bermakna dia menyatakan Anwar tidak salah. Dr. Mahathir seorang yang berprinsip.
“Pada masa sama, saya juga merasakan pertemuan tersebut sebagai cara Dr. Mahathir menunjukkan penentangan terhadap Perdana Menteri dalam konteks membantah MKN.
“Saya tidak fikir Dr. Mahathir bersedia bermaaf dengan Anwar. Keluarga Anwar juga sebelum ini menuntutnya meminta maaf namun sehingga hari ini, Dr. Mahathir masih tidak bertindak demikian,” katanya.

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s