Anwar Dilantik Penasihat Bersama Pribumi Bersatu

Sesuai dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sebentar tadi bahawa kerajaan – dengan tekanan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Department of Justice United States (DoJ) berhubung kelulusan parti Pribumi Bersatu, pimpinan parti itu hari ini mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat bersama parti itu.

Anwar 68 tahun, adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dibawah kabinet Tun Dr. Mahathir selama 8 tahun, akan berfungsi sebagai penghubung antara Pribumi Bersatu dengan parti-parti komponen pembangkang yang lain seperti PKR, PAS, DAP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak – dari dalam penjara.

Perlantikan yang berkuatkuasa serta merta hari ini tidak akan menjejaskan kedudukan Anwar sebagai Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana jawatan ini bersifat lantikan atas budi bicara sepenuhnya oleh Pengerusi dan Presiden Pribumi Bersatu

Dengan perlantikan ini, Pribumi Bersatu adalah satu-satunya parti yang mempunyai seorang bekas Perdana Menteri dan 2 bekas Timbalan Perdana Menteri di dalam organisasinya.Tidak ada parti seumpamanya di Malaysia ini melainkan Pribumi Bersatu sahaja.

Adalah menjadi harapan rakyat untuk melihat gandingan ini akan akhirnya berjaya menerajui Malaysia dalam PRU14 yang akan datang.

Sumber  : Negara Pakatan Rakyat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s