Qantas Virgin Australia larang penumpang guna Note 7 dalam pesawat.

Qantas, Virgin Australia larang penumpang guna Note 7 dalam pesawat

Qantas dan Virgin Australia melarang penggunaan Not 7 dalam pesawatnya atas sebab-sebab keselamatan. – Gambar fail

SYDNEY: Pesawat Qantas dan Virgin Australia pada Khamis melarang penumpangnya menggunakan atau mengecas telefon Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan susulan laporan mengenai model telefon pintar itu yang meletup.

Samsung pada minggu lalu menghentikan jualan telefon pintar terbaharu mereka dan memanggil semula bekalan 2.5 juta unit Note 7 di seluruh dunia berikutan insiden letupan yang telah mencalarkan reputasi syarikat itu.

“Susulan pemanggilan semula model Note 7 oleh Samsung Australia, kami meminta para penumpang yang memilikinya agar tidak menghidupkan atau mengecasnya di dalam pesawat,” ujar jurucakap Qantas dalam satu kenyataan.

Larangan itu berkuatkuasa kepada semua penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk pesawat tambang rendah Jetstar, kata jurucakap itu.

Pesaing domestik Qantas, Virgin Australia, juga mengeluarkan kenyataan yang serupa, sambil menambah pengumuman seumpamanya juga akan dibuat setiap kali sebelum pesawat berlepas.

Pada 2014, Qantas dan Virgin Australia membenarkan penumpang menggunakan peranti elektronik mudah alih dalam pesawat dengan peraturan larangan yang terbatas.

Peraturan sebelum ini hanya melarang penuh penggunaan gajet seumpamanya sewaktu pesawat sedang bergerak perlahan di lapangan terbang, ketika berlepas dan semasa hendak mendarat kerana dikhuatiri mengganggu sistem navigasi pesawat.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s