Paralimpik Rebah semasa bawa obor semangat Marcia Malsar dipuji.

Paralimpik: Rebah semasa bawa obor, semangat Marcia Malsar dipuji

Biarpun terjatuh, Malsar tetap cuba bangun dan meneruskan perjalanan. – Foto AP

SUKAN Paralimpik Rio 2016 secara rasminya dibuka pada Rabu, dengan acara pembukaan berlangsung penuh gilang-gemilang di Stadium Maracana, Rio De Janeiro.

Laman sosial menjadi medium perkongsian kemeriahan acara pembukaan yang diwarnai dengan tarian samba, percikan bunga dan sorakan puluhan ribu hadirin yang memenuhi stadium.

Dalam kemeriahan itu, pemenang pingat emas Paralimpik Brazil, Marcia Malsar, berjaya menunjukkan kepada khalayak betapa istimewanya golongan atlet istimewa ini.

Malsar, yang pemenang pingat emas pertama untuk Brazil dalam Sukan Paralimpik pada tahun 1984 menerusi acara 200 meter, dipertanggungjawabkan untuk membawa obor sejauh 30 meter, sebelum diserahkan kepada perenang Paralimpik Brazil, Clodoaldo Silva untuk dinyalakan.

Namun Malsar yang berjalan menggunakan tongkat dalam keadaan hujan renyai-renyai, tergelincir sebelum terjatuh.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah bagaimana Malsar berusaha untuk mengambil obor tersebut dan bangun semula, sambil dibantu oleh dua petugas.

Video: YouTube Daily Mail Online


Semangat luar biasa Malsar menerima tepukan gemuruh penonton dan menjadi detik paling tidak dapat dilupakan dalam acara pembukaan kali ini.

Temasya Paralimpik kali ini mempertandingkan 23 jenis sukan, dengan sejumlah 528 pingat ditawarkan.

Ia akan berlangsung sehingga 18 September ini.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s