Kamalanathan serah laporan penyebaran soalan palsu UPSR kepada SKMM | Astro Awani

Kamalanathan serah laporan penyebaran soalan palsu UPSR kepada SKMM

Menurut catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Kamalanathan berkata beliau turut menyerahkan tiga cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan hari ini menyerahkan laporan rasmi berhubung penyebaran soalan palsu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di media sosial kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau yang hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya menyerahkan laporan rasmi mengenai penyebaran gambar soalan palsu UPSR itu kepada Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi MCMC Zulkarnain Mohd Yasin.

Menurut catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Kamalanathan berkata beliau turut menyerahkan tiga cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Beliau berkata pihak SKMM berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.

“Ini harus menjadi satu pengajaran kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyiarkan sebarang berita tanpa menyemak kesahihan,” katanya.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, UPSR 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial.

Sumber  : Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s