Surat Zaid Ibrahim Dedah 3 Nama Besar Sebagai Pemegang Harta Daim.

Susulan daripada pendedahan yg telah dibuat berhubung isu penyelewengan membabitkan harta milik UMNO,

Projek Kroni Tun Mahathir: Fleet Holdings Sdn Bhd, Tun Daim dan Lebih USD500 juta wang UMNO Dilesapkan.

maka aku dedahkan juga surat Zaid bin Ibrahim yang ditujukan kepada DS Najib berkenaan perkara ini…

Mat Zain bin Ibrahim,

20hb.Oktober 2011
Kepada,

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,

Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 

Putrajaya. 
Assalamualaikum wbt.

Yang Amat Berhormat Dato Seri,
October 28th, 2011 
RULE OF LAW

1. Kerbau dipegang pada talinya, Manusia dipegang pada janjinya. Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata2nya. Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji2 yang telah dilafazkan.

2. Putrajaya stands by refusal to charge AG, Up to judiciary to act on plagiarist judge. 

Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysian Insider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011. Kedua2nya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.

3. Sesungguhnya, saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri. Pendirian sebegini tidak konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.
Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.


Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995. Dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan2 yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan (pusingan pertama) di antara tahun 1984 hingga 1991.

Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini, ialah surat2 perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka, yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;

a)Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, saham Faber Merlin Malaysia Bhd berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).

b) Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).

c) Tan Sri Tajuddin Ramli pula, dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).

 4. Ketiga2 surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan. Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan (pusingan pertama) pada 15.3.1991.

5. Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan (pusingan kedua). 

6. Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini. Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.

7. Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta2 isu ini sejak dari mula, memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.

8. Berdasarkan desakan semasa oleh Rakyat, sekalipun YAB, tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan2 membabitkan Tun Daim, sekurang2nya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.

9. Setidak2nya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samada wang tunai RM70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.

a) Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan. Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.

10. Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam (proses) penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.

11. Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad, TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990, yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu, bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang2nya semenjak itu.

12. Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura, malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan (air muka), maruah dan kedaulatan Negara.
Penutup.

13. Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu, boleh diterima pakai oleh Mahkamah Antarabangsa, saya percaya, 3 keping surat perakuan daripada 2 Tan Sri pada tahun 1990 itu, dan 3 laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan (mengatasi) semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.

14. Secara peribadi saya berpendapat, dokumen2 yang dimaksudkan di atas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990. Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa, rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini, bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu Bangsa atau Agama.

Salam sejahtera.

Yang benar,
 t.t.

(Mat Zain bin Ibrahim).

20.10.2011

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s