Institusi perbankan Islam perlu lebih inovatif perkenal produk pembiayaan — Portal Islam dan Melayu

main_240115_zhasyraf_zh_3pdf

KUALA LUMPUR, Khamis – Institusi perbankan Islam di negara ini perlu lebih inovatif dalam memperkenalkan produk pembiayaan terutamanya pinjaman perumahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, inovasi itu perlu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan semua pihak serta menangani masalah pinjaman bagi projek perumahan terbengkalai.

“Inovasi produk yang ada hari ini seperti produk berkonsepkan perkongsian untung rugi iaitu ‘Musyarakah Mutanafisah’, bank dan pelanggan harus bersedia  menanggung keuntungan dan risiko kerugian.

“Berbanding pembiayaan dahulu iaitu konvensional, kita hanya tahu hutang atau pinjaman antara bank dan pelanggan. Apa yang berlaku pada rumah itu, bank tidak pernah ambil tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan mengenai Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Seminar selama dua hari yang berakhir hari ini bertujuan menyediakan landasan kepada pihak berkepentingan berhubung isu projek perumahan terbengkalai.

Sumber  : Ismaweb

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s