Status Islam,! DAP Cadang Mansuhkan Status Islam Dalam Mykad « Kelantan News

Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan.

Beliau berkata, pengenalan identiti agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia merupakan satu diskriminasi yang perlu dielakkan.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada keputusan progresif yang dibuat oleh beberapa negara Islam lain.

“Ini adalah dalam pematuhan kepada kedudukan dasar yang menjamin setiap warganegara kesaksamaan di bawah undang-undang dan juga untuk mengelakkan diskriminasi atas alasan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zairil berkata, agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu yang tidak boleh diputuskan oleh birokrasi.

Katanya, adalah tidak masuk akal seseorang itu disahkan sebagai muslim jika mereka tidak lagi beriman dengan Islam.
“Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menganut agama yang berbeza. Pandangan ini selaras dengan hak kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Negara,” katanya.

Sumber  : Kelantan News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s