Mahathir Setuju Anwar Jadi PM Jika Najib Tersingkir | MYKMU.NET

BEKAS ahli UMNO, Tun Mahathir Mohamad dipetik Bloomberg sebagai berkata akan bekerjasama dengan siapa juga untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas keluar dari UMNO, termasuk pembangkang.  Tak hairan kenapa kenyataan itu disambut dengan perasaan berbunga-bunga oleh pemimpin pembangkang yang sudah membayangkan bentuk kerjasama itu macam mana nanti.

Termasuk PKR, parti yang diwujudkan semata-mata untuk membela Anwar Ibrahim yang jadi ‘mangsa’ konspirasi Mahathir sejak 1998.  Ada orang dengan kesediaan bekerjasama ini, pembangkang (terutama PKR dan PAN) sudah tidak waras, yang mana penulis bersetuju, tapi itu kisah lainlah nanti.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang Mahathir tuduh sebagai rasis berpuluh tahun sebelum ini pun buat kenyataan Mahathir sudah berjumpa denganya untuk bekerjasama – kata kuncinya disitu, Mahathir jumpa Kit Siang.

Jadi ada 3 benda disitu, Mahathir kata akan bekerjasama dengan siapa juga untuk jatuhkan Najib, respon positif dari pembangkang dan kenyataan Kit Siang.  Rangkum semua itu, jadilah Mahathir ini sebagai penyokong pembangkang – bukan kejutan tapi macam sireh pulang ke ganggang.

Yang penting disini, bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib, bermaksud, Mahathir menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Sebab, tidaklah ada matlamat lain pembangkang ini melainkan untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kan?  Itu yang jatuh hukum sebab lain, dikatanya tahanan politik, pasal nak bakal Perdana Menteri ini nampak suci dan mulia sepanjang masa lah – nanti dikata gila pulak lantik Perdana Menteri dari kalangan penjenayah.

Persoalannya sekarang, kalau dah Mahathir sokong Anwar jadi Perdana Menteri (dengan kerjasama bersama pembangkang), apa jadi dengan Muhyiddin?

Muhyiddin berkorban, terkorban dan dikorbankan  dalam usaha Mahathir nak jatuhkan Najib ni.  Hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri, digantung dari jawatan Timbalan Presiden UMNO, apa yang Muhyiddin tak hadap demi Mahathir, tapi akhirnya Anwar juga yang jadi pilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Tegak tegak macam itu sajalah Muhyiddin dikenakan Mahathir nampaknya ya, itupun masih tak sedar diri dengan terus nak mencari masalah dengan UMNO dan Najib.

Penulis tak rasa pada bila-bila masa Mahathir ada agenda nak memperdana menterikan Muhyiddin pun, tak terlintas di kepalanya mungkin.  Dia hanya berminat nak jatuhkan Najib, dengan apa cara yang boleh walau terpaksa menjilat apa yang dia ludah dan kahak kan dulu.

Tak peduli apa yang lain dah, lagipun berapa lama masa yang tinggal pun untuk kisah dengan itu semua kan?

MYKMU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s