Lelaki cedera kena samun di mesin ATM | Berita Harian

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus cedera di kepala dan jari kanan akibat dipukul seorang lelaki ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Taman Perling, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi, mangsa berusia 54 tahun dipukul dari belakang dengan spanar besi pembuka tayar oleh suspek yang kemudian merampas sejumlah wang dan kad ATM sebelum melarikan diri. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Perling yang sedang menjalankan operasi cegah jenayah ragut di kawasan berkenaan kemudian mengejar suspek. BARANGAN yang berjaya dirampas anggota polis daripada suspek. 

– Foto Ihsan Polis Johor “Suspek berjaya ditahan walaupun berlaku sedikit pergelutan. Polis turut merampas spanar besi yang digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui sejumlah wang tunai dan kad ATM milik mangsa. “Polis juga melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang digunakan suspek dan menjumpai dadah jenis ketamin dan eramin 5 yang disimpan dalam sebuah beg,” katanya dalam kenyataan di sini. Mohd Taib berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan manakala suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mendatangkan kecederaan.

Sumber  : Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s