Biarpun Dilabel Sampah Oleh Anis Syafiqah, IPTA Tempatan Menampakkan Peningkatan | PRU14

Sukar untuk melupakan bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh Ketua Pergerakan Mahasiswa #tangkap MO1, Anis Syafiqah yang melabelkan ijazah dari universiti tempatan tidak leboh dari sekadar sehelai kertas dan akan bertukar menjadi sampah andai para pelajarnya tidak bersamanya dalam usaha menangkap Malaysia Official 1.

Menerusi kenyataan seumpama ini, ianya jelas menunjukkan betapa Anis Syafiqah dan kira-kira 50 orang pengikutnya yang kesemuanya adalah pelajar IPTA tempatan, memandang rendah pencapaian dan keunggulan IPTA tempatan yang sejak dahulu lagi melahirkan begitu ramai insan berguna untuk negara.

images (15)

Dengan pencapaian yang disifatkan sebagai cukup-cukup makan dan ada diantaranya boleh dilabelkan sebagai gagal, mereka menjulang ego kononnya mereka sudah terlebiih bijak dan terlebih pandai dalam segala segi. Walhal jika dinilai dari segi umur, mereka sebenarnya terlalu mentah untuk membicarakan helah politik yang dimainkan pembangkang.

Disaat penghinaan demi penghinaan oleh sekelompok pelajar yang buta kayu dan kufur nikmat ini, kedudukan IPTA-IPTA tempatan menampakkan peningkatan dalam ranking universiti-univeriti terbaik dunia. Peningkatan ini hadir disaat kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Negara, melakukan beberapa transformasi pendididkan sesuai dengan peredaran zaman.

Paling membanggakan adalah pencapaian Universiti Malaysia yang menjadi tempat Anis Syafiqah mencari ilmu kemudian bertukar menjadi anak gadis kufur nikmat ini, menampakkan peningkatan sebanyak 13 anak tangga. Sebelum ini, Universiti Malaysia berada dikedudukan 146 dan ranking terbaru yang dikeluarkan menampakkan Universiti Malaya berada di kedudukan 133 dunia.

Universiti Putra Malaysia pula mencatatkan peningkatan paling tinggi apabila naik daripada tangga 331 kepada tangga 270. Universiti Teknologi Malaysia pula mencatatkan peningkatan dari tangga 303 kepada 280 dan Universiti Kebangsaan Malaysia, dari tangga 312 kepada tangga 302.

download (19)

Kesemua peningkatan ini jelas membanggakan negara dimana mutupengajian dan faktor penerimaan ijazah daripada universiti-universiti ini akan meningkat selaras dengan kedudukan mereka di dalam peta pengajian tinggi dunia.

Oleh yang demikian, jika masih ada penuntut seperti Anis Syafiqah yang terlalu buta hatinya sehingga tergamak memperlekehkan tempat pengajiannya, mereka harus bertanya kepada diri mereka sendiri. Dimana status dan kedudukan mereka disaat tempat mereka belajar semakin menampakkan peningkatan ketara.

Sumber  : PRU14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s