174 individu ditahan di Selangor di bawah Poca – Semasa – Sinar Harian

PETALING JAYA – Sebanyak 174 individu ditahan di Selangor di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata jumlah itu adalah terbesar berbanding negeri lain.

“Jumlah ini melibatkan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah kongsi gelap (24), jenayah kekerasan (114), harta benda (33) dan penganjuran judi (tiga),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, hari ini.

Katanya jumlah yang direkodkan itu berkurang berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 209 kes melibatkan 21 kes kongsi gelap, jenayah kekerasan (102), harta benda (46), perjudian (14) dan pemerdagangan manusia (enam).

Mengenai aktiviti perjudian dalam talian di negeri itu, beliau berkata sebanyak 3,602 serbuan dilakukan terhadap premis perjudian haram membabitkan 5,609 tangkapan dari Januari hingga Ogos lalu.

“Turut dirampas ialah komputer, mesin judi, komputer riba, tablet, telefon bimbit dan simulator bernilai RM31.3 juta serta wang rampasan melebihi RM200,000,” katanya. – Bernama

Sumber  : Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s