PBPM Pahang sambut baik tindakan terhadap Ali Tinju| Berita Harian

KUANTAN: Keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan terhadap Ali Tinju disifatkan tepat kerana tuduhan terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menjejaskan imej dan integriti pasukan.


Setiausaha Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pahang, Rafaei Abdul Kadir, berkata Ali Tinju atau nama sebenar, Mohd Ali Baharum wajar disiasat kerana mengeluarkan kata penghinaan terhadap pegawai dan anggota PDRM. Katanya, tindakan itu adalah langkah terbaik sebagai memberi amaran kepada individu lain supaya tidak mengheret PDRM dalam agenda politik mereka.

“Sejak klip video Ali Tinju tersebar minggu lalu, kami rasa terhina, sangat kecewa dan marah. Tuduhan dilemparkan individu ini sangat tidak berasas dan mempunyai niat tertentu. “PBPM Pahang sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran klip video itu, Rabu lalu dan saya difahamkan, banyak laporan polis juga dibuat di seluruh negara terhadap individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi tadi.

Rafaei berkata, PBPM Pahang tidak bercadang menarik balik laporan dibuat dan menolak sebarang permohonan maaf daripada individu berkenaan.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s