Muhyiddin Juga “Mr Yes Man”, Gambar Ini Jadi Saksi | TV14

1. Saya sentiasa percaya akan Perdana Menteri dan wawasannya untuk Malaysia; dalam  keikhlasannya dan dedikasinya untuk mengubah negara ini dan membawanya ke tahap pertumbuhan seterusnya untuk rakyatnya. Perdana Menteri masih kekal dan komited kepada prinsip-prinsip Agama, Bangsa dan Negara. Sebab-sebab inilah yang membuatkan saya telah menyokong dan bekerja untuk beliau selama 20 tahun. Jika itu membuatkan saya “yes man”, seperti yang Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan, maka saya berbangga untuk menjadinya.

2. Ironinya adalah Tan Sri Muhyiddin sendiri merupakan seorang “yes man” tetapi, dalam kesnya, dia tidak dipandu oleh prinsip atau nilai-nilai. Dia mengkhianati ketuanya, Perdana Menteri, untuk menjadi boneka Tun Mahathir Mohamad. Dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, serangan pembohongan mereka tidak didorong oleh kepentingan negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka sendiri.

3. Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin dari Kabinet dan UMNO adalah kerana perbuatannya sendiri. Dia nampak laluan untuk ke atas melalui rampasan kuasa yang didalangi oleh Tun Mahathir. Ia adalah satu rampasan kuasa bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi, dan ia telah gagal. Kini, Tan Sri Muhyiddin tidak mempunyai pilihan yang banyak melainkan untuk meneruskan perjuangan ini, walaupun dia tahu dia telah kalah.

4. Pendedahan akuan berkanun di mahkamah menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin telah melakukan kecurangan selama bertahun-tahun dengan isteri orang lain. Keputusannya untuk tidak menyaman, yang mana adalah sesuatu yang dia sentiasa cabar orang lain untuk lakukan, menunjukkan bahawa dakwaan itu adalah benar. Jika dia mempunyai sebarang perasaan hormat, Tan Sri Muhyiddin akan memohon maaf kepada suami wanita yang telah dia lakukan hubungan intim dengannya, dan kepada rakyat dalam kawasan yang dipegangnya. Mereka percaya bahawa mereka telah mengundi untuk seorang yang kuat agamanya dan bermoral seperti yang didakwanya.

5. Tan Sri Muhyiddin jelas kecewa dengan akuan berkanun itu dan dengan percubaan rampasan kuasa yang telah gagal itu. Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri telah musnah, dan kerjaya politiknya telah berakhir dalam kehinaan. Tan Sri Muhyiddin kini perlu melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat, dan parti yang telah banyak memberi kepadanya – dan menghilang secara senyap-senyap.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s