Khairy serah ‘pendrive FAM’ kepada SPRM – Berita Harian

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk menyerahkan pendrive ‘kontroversi’ yang dikatakan mempunyai bukti penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau tiba di pekarangan bangunan SPRM pada jam 11.15 pagi dan diserbu puluhan pengamal media yang sedia menunggu seawal 10 pagi.


Beliau yang lengkap berbaju Melayu sempat menunjukkan pemacu itu kepada media sebelum memasuki bangunan SPRM. Pendrive itu yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman, mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku di FAM, diserahkan kepada Khairy oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lalu.


Tunku Ismail, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memutuskan untuk menyerahkan pendrive berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s