Pemerhati Politik Meramalkan Kejatuhan Pakatan Harapan Dalam PRU-14.

​Perhimpunan BERSIH sebelum PRU 13 cukup menakutkan Barisan Nasional terutamanya UMNO yang mana disaat ini PAS/PKR dan DAP bersatu dan kukuh atas nama PAKATAN RAKYAT, sehinggakan PRU 13 disebut sebagai IBU SEGALA PILIHANRAYA.
Hampir semua pemerhati politik didalam dan luar negara ketika itu berpandangan PRU 13 merupakan PRU terakhir bagi Barisan Nasional bergelar pemerentah bagi negara Malaysia.

Namun keputusan PRU 13 menunjukkan sebaliknya apabila PAS hanya menang 20 kerusi Parlimen sebaliknya DAP menang 37 kerusi iaitu kemenangan terbesar DAP berbanding sebelum ini dimana DAP hanya ada 2 kerusi sahaja dan PKR 29 kerusi.
20 (PAS) + 37 (DAP) + 29 (PKR) = 86 kerusi.
Sebaliknya dalam takut-takut tersebut kerusi Parlimen UMNO dari 80 naik 8 kepada 88, Kedah/Perak telah berjaya ditawan balik, Dun Kelantan dari 6 kepada 12 dan Parlimen UMNO diKelantan dari 2 kepada 5.

PRU 14 sekali lagi Barisan Nasional ditekan, tetapi tekanan ini cukup jauh bezanya berbanding PRU 13 dimana ketika ini  pembangkang menghadapi perbagai masalah dan tidak stabil serta lebih berlandaskan kekecewaan ekoran berbagai masalah antara parti pembangkang terutama DAP dan PKR serta PAS, 

mudahnya PRU 14 cabarannya jauh lebih mudah berbanding PRU 13 sebelum ini dan  Barisan Nasional dijangka tidak akan hadapi masalah untuk menang lebih 2/3.

Walau pun pemimpin pembangkang terus melaungkan keyakinan akan dapat menewaskan BN pada PRU akan datang seperti mana keyakinan mereka pada PRU sebelum ini, terutama oleh penyokong parti “orang kecewa” dan mudah layu iaitu parti belum lulus iaitu parti Bunga Raya yang kebanyakannya tidak punya pengalaman berkerjasama dengan pembangkang sebelum ini. 

Namun hakukatnya mereka lupa beberapa petunjuk dari keputusan PRU sebelum ini sentiasa memihak kepada BN walau pun pembangkang cukup menyakini kemenangan pasti milik mereka dan mereka terpaksa mencari berbagai alasan untuk menutup kelemahan mereka serta keyakinan tinggi sebelumnya seperti orang mati boleh mengundi, BN import bangla untuk mengundi dan cerita ini diterima oleh kebanyakan penyokong pembangkang tidak kira setinggi mana pun kelulusan akademik mereka yg tercari cari jawapan atau alasan kekalahan parti  mereka kepada BN selepas diyakinkan oleh pemimpin pembangkang bahawa mereka pasti menang pada PRU sebelum ini.

 Adalah tidak mustahil melihat keluarnya PAS dari gabungan pembangkang serta kegagalan DAP dan PKR mencari kata sepakat sehinggakan berlaku pertembungan sesama sendiri dikebanyakan DUN ketika PRN Sarawak sebelum ini yang telah menyumbang kemenangan besar BN pada PRN Sarawak ketika itu,

serta ketamakan DAP yg engan memberikan kerusi kepada PKR sehinggakan cadangan untuk mengadakan PRN Pulau Pinang lebih awal terpaksa dibatalkan.

Malah pada dua PRK sebelum ini iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar dimana kedua dua calon BN menang besar tidak sedikit pun menampakkan BN sedang hadapi masalah dimana keutuhan BN jelas cukup ketara.

Sebaliknya pada 2 PRK tersebut Pembangkang yang hadapi masalah apabila 2 kem didalam PKR  berpecah belah antara kem Wan Azizah dan kem Azmin Ali.

Hakikat yang nyata, ketika penyokong  pembangkang tidak sabar menanti PRU akan datang kononnya mahu menewaskan dominasi BN sebagai parti pemerentah dinegara ini, 

pemimpin pemimpin pembangkang terutama DAP, PKR dan PAN sedang menyembunyikan ketakutan mereka terhadap kemampuan PKR dan DAP mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang dari dirampas BN pada PRU terdekat ini kesan ketiadaan parti terkuat didalam Pakatan iaitu PAS

 Malah Kelantan juga tidak mustahil akan kembali diambil oleh Barisan Nasional berasaskan senario terkini apabila tentangan PAN cukup sengit dinegeri itu seandainya persefahaman politik lebih konkrit antara BN dan PAS tidak mampu dicapai..

Malah akhbar akhbar luar negara telah pun membuat ramalan bahawa pembangkang tidak akan mampu untuk mengalahkan BN pada PRU akan datang dan setuasi kini jauh bezanya berbanding PRU 13 dimana pada PRU 13 pembangkang memberikan tentangan cukup sengit waktu itu dengan berbagai isu yang dilihat tidak mampu ditangani BN

Sumber : Rozmi Mokhtar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s