Hanya 40% rakyat Malaysia amal gaya hidup sihat – Khairy

Hanya 40% rakyat Malaysia amal gaya hidup sihat - Khairy

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, hanya 40 peratus jumlah penduduk negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.

“Maka tidak hairanlan jika kita lihat kepada negara-negara maju seperti Australia, Jepun, United Kingdom dan lain-lain, mereka mampu berjaya menjadi pemenang pingat yang banyak di Sukan Olimpik kerana rakyatnya membudayakan sukan.

“Bagaimana kita hendak mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan. 

“Kita tidak tahu bila akan muncul atlet yang setanding mereka yang mempunyai prestasi cemerlang selepas ini,” katanya semasa berucap melancarkan acara marathon HSN21KM di Galeri KBS, di sini hari ini.

Katanya penganjuran Hari Sukan Negara umpamanya, adalah bagi mencetus gelombang untuk membentuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kita (Kementerian Belia dan Sukan) sasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan dengan lebih 60 peratus rakyat libatkan diri dalam aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya dalam sidang akhbar selepas itu.

Katanya, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing.

“Ini disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan penyertaan dalam sukan yang sangat kurang,” katanya.

Tujuan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai program seperti FitMalaysia, Hari Sukan Negara dan pelbagai lagi program adalah untuk mencetuskan gelombang penyertaan rakyat dalam sukan dan kecergasan, katanya.

“Ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup dan menjadikan Malaysia negara bersukan.

“Adalah menjadi harapan saya…bila kita ada rakyat yang cergas, yang membudayakan sukan, ia boleh menyediakan ekosistem yang membolehkan kita melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang boleh mengharumkan nama negara kita,” kata Khairy.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s