Wakil Rakyat BN Perlu Jaga ‘Political Base’, Jika Mahu Menang. – PM

KUANTAN , 27 OGOS -, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUANTAN , 27 OGOS -, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) melihat cenderahati berupa lukisan Sungai Lembing yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Paya Besar kali ke-21 dan Majlis Jamuan Rakyat di Bukit Gambang Resort City disini hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. – gambarMAHATHIR ALI

KUANTAN, 27 Ogos (Bernama) — Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya sentiasa turun padang dan menjaga ‘political base’ masing-masing bagi menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan petua utama dalam perjuangan UMNO selama ini sehingga berjaya menjadikannya sebuah parti yang kuat dan berdaya tahan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran serta krisis.

“Kita mesti pastikan parti yang dikasihi ini terus kuat sebab perjuangan masih jauh. Satu daripada petua dalam perjuangan selama ini yang mesti kita lakukan ialah jaga ‘political base’, mana-mana pemimpin mesti jaga ‘political base’nya, kalau semua jaga ‘political base’ di seluruh negara kita akan berjaya memenangi hati serta fikiran rakyat dan akan terus berjaya.

“Mereka (rakyat) inilah sebenarnya yang pertahankan parti siang dan malam, bekerja untuk parti dan mereka jugalah yang akan ke hadapan pada PRU demi mempertahankan parti dan menjadi parti UMNO berdaya tahan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di Bukit Gambang Resort City di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. – BERNAMA

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: