Kes Viral Seksual: Kazim Elias Buat Laporan polis – Media Shah Alam

IPOH 26 Ogos – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat satu laporan polis terhadap Syed Azmi dan selebriti tanahair, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Tambah Mohd. Kazim, selain beliau, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu-bapa pelajar.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya disebabkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya.
“Malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran-gelaran buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Pada masa yang sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen-netizen yang menulis komen di Facebook mereka supaya dapat berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu ini.


Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s