Miliki aset RM1.56 juta, Rafizi masih dapat derma.

23 OGOS : Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui walaupun memiliki aset bernilai RM1.56 juta, rakyat masih memberi derma kepada beliau atas alasan mereka melihatnya tidak berduit.

rafizi pkr dana politikBeliau mengulas berhubung isu pengisytiharan harta dimana mengatakan menerima lebih banyak sumbangan daripada orang ramai yang memahami beban kerjanya selepas mengiystiharkan harta.

“Dari masa ke semasa ada sahaja orang biasa yang datang ke pusat khidmat untuk menderma kerana mereka simpati dengan kedudukan kewangan saya dan keluarga.

“Saya jarang mendapat permohonan tajaan kerana semua orang tahu saya tidak berduit,” kata Rafizi dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengenai isu pengisytiharan harta, Rafizi berkata tidak takut berdepan dengan penjenayah walaupun memiliki aset sebesar itu dan menyifatkan alasan takut diganggu penjenayah sebagai tidak masuk akal.

“Alasan yang diberikan Tengku Adnan mengenai risiko keselamatan adalah tidak masuk akal.

“Sebenarnya beliau takut dengan rakyat kerana beliau tidak berani untuk memperincikan harta dan sumbernya seperti yang saya buat tahun lalu.

“Saya tidak pernah diugut atau sesiapa dari keluarga saya menerima ancaman kerana penjenayah tahu saya tidak berduit,” katanya.

Rafizi tahun lalu mengisytiharkan aset bersih dimilikinya bernilai RM1.56 juta dan hutang sebanyak RM395,937.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s